ISU MUFLIS: ANAK MUDA LEBIH TERDEDAH – PUTRA

355
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

1 Oktober 2021 | 24 Safar 1443H

1. PUTRA ingin merujuk satu kenyataan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 1 Oktober 2021 menerusi tajuk “Bilangan muflis mungkin 2 kali lebih ramai – pakar ekonomi”. Dengan memetik kenyataan “Bilangan individu muflis sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dari Mac 2020 hingga Julai lepas (2021) boleh jadi lebih tinggi daripada yang digambarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), kata pakar ekonomi Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff”.

2. Ini merupakan suatu perkara yang amat membimbangkan kerana berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan daripada Putra Business School bilangan individu yang tidak mampu membayar hutang, mungkin dua kali ganda lebih ramai daripada data muflis yang direkodkan MdI bagi tempoh PKP iaitu seramai 10,317 orang dan ini adalah selepas pindaan nilai hutang dari RM50,000 ke RM100, 000 pada bulan Ogos 2021 yang lalu. Akan tetapi permasalahan di sini adalah data yang ada tidak mengambil kira orang muflis, tidak mampu bayar hutang, bagi hutang kurang daripada nilai ambang baru ini.

3. Bagi parti PUTRA ini adalah satu nilai statistik yang kurang tepat dan harus dilihat semula oleh Mdl. Dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 27 September, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memetik data MdI bahawa seramai 10,317 individu diisytihar muflis sepanjang PKP dari Mac 2020 hingga Julai 2021 – atau 16 bulan – manakala 1,246 syarikat gulung tikar bagi tempoh sama.

Data MdI menunjukkan seramai 3,684 orang muflis bagi tahun 2021 (sehingga Jun) dan 8,351 muflis bagi sepanjang tahun 2020 – ketara rendah berbanding tahun sebelum pindaan dilakukan iaitu 12,051 muflis (2019), 16,482 muflis (2018) dan 18,227 muflis (2017).

4. Di Malaysia, kadar keberhutangan isi rumah adalah tinggi, iaitu pada kadar 89.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bagi separuh pertama 2021. Dan trend ini bertambah buruk lagi apabila pasaran rumah lelong meningkat pada suku kedua iaitu sebanyak 30 peratus. Ini adalah salah satu indikator bahawa semakin ramai rakyat tidak mampu membayar pinjaman rumah akibat terjejas daripada kemerosotan ekonomi oleh pendamik Covid-19 ini.

Di samping itu, Jabatan Perangkaan menganggarkan hampir 72 peratus daripada 746,900 penganggur adalah daripada golongan yang berumur 15 hingga 34 tahun. Ini menunjukkan satu angka yang membimbangkan kerana mereka ini adalah golongan yang terdedah kepada keadaan kewangan yang tidak kukuh dan seterusnya boleh menyebabkan mereka ini terjerumus ke dalam kategori muflis.

5. Justeru itu, PUTRA berpendirian tegas, agar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan meneliti dengan lebih serius lagi akan hal ini kerana ia melibatkan generasi pelapis negara. Di harap kerajaan dapat memikirkan suatu mekanisme yang kukuh dan mampan di dalam bajet akan datang bagi mengambil status dan cabaran kewangan anak muda yang bakal menerajui negara akan datang. 

Sekian. 

Ashraf Bin Rosli

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts