DAP HIPOKRIT LAGI

382
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

DAP sebagaimana lazimnya, terus bersikap hipokrit apabila beberapa pemimpinnya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy dan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke serta Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, mempersoalkan syarat 51 peratus pegangan ekuiti oleh Bumiputera dalam syarikat-syarikat penghantar fret.

Kenapa DAP yang pernah menjadi kerajaan tidak melakukan sesuatu, sebaliknya hanya berkokok ketika menjadi pembangkang sebelum dan selepas menduduki Putrajaya? Sepanjang Pakatan Harapan (PH) berkuasa selama 22 bulan, DAP dengan kekuatan 42 Ahli Parlimen (MP) boleh sahaja melakukan apa sahaja pindaan dan penambahbaikan dari segi dasar dan pentadbiran melalui kerajaan, sekiranya mempunyai hajat di hati dan bersungguh-sungguh.

Apatah lagi Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu sememangnya mempunyai peluang yang terbuka luas untuk mengkaji, meminda mahupun membatalkan syarat ekuiti tersebut.

Sebagaimana penjelasan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat pada 28 September 2021, syarat tersebut bukanlah isu yang baru, tetapi telah dipersetujui oleh Majlis Ekonomi Bumiputera pada tahun 2015 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu.

Namun setelah mempertimbangkan permohonan oleh Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF), kerajaan Barisan Nasional telah memutuskan, syarikat tempatan yang memperoleh status Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (IILS) dikecualikan daripada syarat itu sehingga 31 Disember 2020.

Selepas itu, syarat tersebut telah ditangguhkan dua kali sehingga Disember 2022, untuk penelitian lebih lanjut oleh TERAJU. DAP boleh mencadangkan idea yang bernas sekiranya ikhlas, bukannya cuba mencari publisiti murah dengan memainkan sentimen pihak tertentu.

Eh silap. DAP memang berperangai begitu. Suka memainkan sentimen perkauman dan agama. Memang susah hendak diubah.

Dipetik daripada laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=253962300069144&id=100063661279298

(Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts