KKM DIGESA PEKA ISU KESELAMATAN REMAJA YANG DIVAKSIN 

346
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA SAYAP PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA

29 September 2021

1. Bermula 20 September 2021, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan  Malaysia (KPM) telah mula menjalankan vaksinasi di kalangan remaja dan pelajar sekolah berusia 12 hingga 17 tahun.

2. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali, ia bagi persiapan agar semua sekolah terutama kawasan luar bandar mencapai sasaran 80 peratus kadar vaksinasi dapat diselesaikan sebelum sebelum sesi persekolahan 2022.

3. Menurutnya lagi sepanjang tempoh 3 bulan ini KKM mensasarkan 3.2 juta kanak-kanak dapat divaksin di mana 1.1 juta daripadanya adalah berusia antara 16 hingga 17 tahun.

3. Menurut KKM, hanya 2 vaksin sahaja yang sesuai digunakan iaitu Pfizer dan Sinovac kepada remaja dan pelajar.

4. Menjadi persoalannya, adakah kedua-dua jenis vaksin ini selamat digunakan? Adakah ia tidak mempunyai kesan sampingan dan melibatkan kematian? 

5. Wiranita PUTRA menggesa pihak KKM mengkaji dan memantau dengan serius supaya keselamatan remaja dan pelajar ini terjamin.

6. Pihak KKM wajar bersikap telus dalam apa juga kesan ke atas vaksin ini ke atas rakyat. Jangan berselindung kerana ia melibatkan nyawa manusia.

7. Menurut berita yang hangat tersebar terdapat beberapa orang remaja yang telah diberi vaksin telah meninggal dunia seperti yang berlaku ke atas pelajar di Sungai Petani, Kedah yang telah diviralkan.

8. Malah kematian yang disebabkan oleh vaksin ini juga terjadi di tempat lain.

9. Wiranita PUTRA memandang serius perkara ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak KKM mengkaji dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan jadikan rakyat Malaysia sebagai bahan uji kaji. 

10. Ini kerana ada dalam kalangan mereka yang telah menerima vaksin mendapat kesan sampingan yang teruk dan ada yang sedang dirawat di hospital.

11. Ada juga yang mengadu diserang penyakit alahan ruam muka yang serius selepas divaksin dan telah menerima rawatan di klinik swasta dan terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang tinggi.

12. Daripada semua laporan dan kejadian tersebut, Wiranita PUTRA menggesa kerajaan terutama KKM agar menunda dahulu pemberian vaksinasi kepada remaja dan pelajar serta mencari kaedah yang sesuai sebelum program tersebut diteruskan.

13. Kehilangan nyawa remaja akibat daripada divaksin ini adalah perkara yang tidak boleh anggap remeh dan dipandang ringan.

14. Wiranita PUTRA mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Jawatan Kuasa Bebas di kalangan pakar perubatan untuk menyiasat isu kematian pelajar tersebut.

15. Pemberian vaksin yang sesuai dan selamat diguna kepada pelajar harus difikirkan. Pemberian vaksin secara tergesa-gesa tanpa menilai kesan sampingan kepada remaja wajar dielakkan.

16. Melalui Jawatan Kuasa Bebas ini kerajaan perlu memberi masa dan ruang agar kajian penggunaan vaksin yang sesuai dapat digunakan.

17. Wiranita PUTRA menggesa kepada seluruh ibu bapa dan pelajar yang menerima kesan sampingan akibat vaksin harus segera mendapat rawatan di hospital.

Sekian, terima kasih.

Puan Ros Hanita Bt. Mohd Basir

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts