KES BUNUH ADIB: PEMUDA UMNO TUNTUT KETELUSAN DALAM SIASATAN, IKTIRAF ALLAHYARHAM SEBAGAI WIRA NEGARA

339
SHARES
2k
VIEWS

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah meneliti kenyataan YB Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru-baru di sebuah majlis di Ampang bahawa kes penyiasatan pembunuhan Allahyarham Adib Kassim ditutup sementara.

2. Menurut laporan media, Ahli Parlimen Ampang itu juga berkata kes ini akan dibuka semula sekiranya wujud keterangan, maklumat dan bukti-bukti baharu dan komited untuk “terus mencari siapa yang telah menyebabkan kematian Adib”.

3. Kenyataan YB Datuk Zuraida Kamaruddin ini sekaligus mengesahkan dapatan Mahkamah Koroner pada 26 September 2019 bahawa anggota bomba itu terkorban akibat perbuatan jenayah bunuh oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali berbanding dakwaan bekas Peguam Negara Tommy Thomas terdahulu.

4. Justeru, Pemuda UMNO mendesak agar Kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AG) untuk memberikan penjelasan secara telus dan terbuka mengenai kemajuan siasatan kes yang menjadi sejarah hitam negara.

5. Rakyat dan keluarga Arwah berhak untuk mengetahui bagaimana siasatan yang dijalankan sebegitu lama gagal membawa suspek-suspek ke muka pengadilan.

6. Sudah tiba masanya juga pihak Kerajaan untuk memberikan pengiktirafan kepada Allahyarham Adib selaku WIRA NEGARA selain bayaran pampasan yang munasabah kepada pihak keluarga sebagai satu bentuk penghormatan atas jasa dan pengorbanan Allahyarham yang melaksanakan amanah negara hingga mengorbankan nyawa.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

28 September 2021

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts