SIAPA DALANG DEDAH OPERASI RAHSIA MEIO?

430
SHARES
2.5k
VIEWS

Isu kehilangan wang berjumlah sekitar 6 juta dollar (USD) dalam simpanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan turut digantikan dengan wang palsu menjadi semakin hangat apabila bekas Ketua Pengarah MEIO sendiri membuat laporan polis berkaitan kes tersebut yang telah didedahkan oleh portal Edisi Siasat. 

Rujuk laporan polis tersebut di pautan;

https://editormalaysia.com/24225/

Selain isu yang timbul daripada isu kehilangan wang dalam simpanan SPRM ini dan siapa dalang sebenar yang terlibat, wujud persoalan siapakah dalang yang mendedahkan operasi rahsia negara yang mendapat bantuan daripada negara luar bagi membanteras aktiviti pengganasan rentas sempadan ini? 

Saya ingin tegaskan bahawa wang ini merupakan sebahagian daripada operasi rahsia yang tidak seharusnya didedahkan dan kesilapan kerajaan mendakwa saya adalah kerana sebab-sebab yang di luar bidang saya ketahui dan tidak perlu diulas ketika ini.”

Seperti yang semua pihak maklum sebelum ini bahawa isu di MEIO ini bermula apabila safe house dan kediaman Datuk Hasanah Abd Hamid diserbu polis, kemudiannya melarat kepada isu kebocoran “Surat CIA” sehinggalah membawa kepada rampasan wang tunai di sebuah safe house Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri tersebut.

Sungguhpun begitu kompleksiti isu ini menuntut kepada sebuah siasatan lengkap terutamanya dalam isu membocorkan operasi rahsia kerajaan termasuklah mengadakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mencari dalang yang mungkin berada dalam MEIO sendiri agar ia tidak lagi berulang di masa hadapan.

Isu keselamatan tidak boleh dikompromi, apatah lagi jika tujuan membocorkan maklumat perisikan dan operasi rahsia antara negara dilakukan kerana dendam ataupun agenda peribadi termasuk mengkayakan diri dengan cara yang salah.

Dalam hal ini, semua pihak perlu memfokuskan mengenai isu keselamatan negara dan isu membocorkan operasi rahsia ini bukan isu yang remeh dan boleh dipandang ringan. Kelak  ia akan menjejaskan hubungan bilateral negara dengan negara-negara sahabat lainnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts