GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) vs BANTUAN KHAS COVID (BKC) – WIRANITA PUTRA

435
SHARES
2.6k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN KETUA WIRANITA PUTRA NEGERI MELAKA

25 September 2021

1. Kerajaan Malaysia telah meluluskan bantuan GKP 1.0 bermula pada Mac 2020, GKP 2.0 pada November 2020, GKP 3.0 pada Jun 2021 dan GKP 4.0 pada Sept 2021. Bermula pada tahun 2021, penerima GKP adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaru pada awal tahun 2021 iaitu Bantuan Khas Covid (BKC). Kerajaan juga telah menyatakan yang penerima GKP ADALAH TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC.

2. Pihak Kementerian Kewangan menyatakan sesiapa sahaja penerima GKP jika ingin memohon BPR dan BKC harus memulangkan semula semua duit bantuan yang telah disalurkan sebelum ini. BKC bermaksud Bantuan Khas Covid yang harus disalurkan kepada semua rakyat yang terkesan akibat pendemik semasa Covid-19 tanpa mengira latar belakang penerima bantuan. Kerajaan juga memutuskan tiada rayuan untuk BKC.

3. Rata-rata, latar belakang penerima GKP adalah peniaga-peniaga, pengusaha kecil-kecilan yang mempunyai pendaftaran SSM Enterprise sahaja, yang mana pendapatan mereka hanya bergantung kepada jualan harian. Perniagaan atau jualan mereka lama terhenti akibat daripada arahan pihak kerajaan yang menyatakan golongan peniaga tersebut tidak dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh yang panjang. Keseluruhan peniaga tersebut, memang mengharapkan bantuan kerajaan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup dan meneruskan perniagaan. Rata-rata mereka adalah dari golongan B40. Ramai peniaga seluruh Malaysia telah terpaksa menutup perniagaan mereka akibat daripada pendemik semasa. Ditambah pula kerajaan telah menetapkan undang-undang yang menyatakan penerima GKP ADALAH TIDAK LAYAK untuk menerima BPR dan BKC.

4. Di manakah keadilan untuk penerima GKP jika kerajaan menyisihkan dan mengasingkan bantuan-bantuan tersebut dan kenapa mesti dianaktirikan di antara penerima GKP vs BKC? Adakah kerajaan beranggapan yang bantuan GKP sudah cukup banyak hingga boleh memulihkan ekonomi peniaga-peniaga tersebut?

5. Penerima BPR layak menerima BKC. Adakah mereka sahaja mangsa Covid-19? Mengapa penerima GKP tidak layak menerima BKC? Adakah mereka kebal Covid-19? Jika dinilaikan dan ditaksirkan semula, jumlah (RM) penerima BPR 2021 ditambah dengan BKC 2021 adalah lebih banyak tunai dari penerima GKP 2021. Kerajaan menilai atau memandang jumlah bantuan penerima GKP dari 1.0, Mac 2020 hingga terkini yang sememangnya akan menampakkan satu jumlah yang besar, sedangkan Kerajaan hanya mengumumkan bantuan BKC pada awal tahun 2021 dan mula disalurkan pada awal September 2021.

6. Ramai penerima GKP yang tidak berpuas hati dengan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pengasingan bantuan-bantuan tersebut. Penerima GKP adalah peniaga yang berpendapatan harian yang hanya bergantung kepada keluar masuknya tunai secara harian.

Mereka adalah golongan rakyat yang sebenarnya sangat terkesan akibat pendemik semasa memandangkan mereka tiada punca pendapatan selain dari perniagaan kecil-kecilan mereka.

PERSOALANNYA SEKARANG, “KENAPA MESTI KERAJAAN (KEMENTERIAN KEWANGAN) MENGASINGKAN BANTUAN BKC DARI PENERIMA GKP?

7. Wiranita PUTRA tegas dan akan terus bersuara demi menjamin kepentingan dan suara rakyat dibela dan didahulukan.

8. Wiranita PUTRA menyeru kepada kerajaan (Kementerian Kewangan) supaya mendengar dan mengkaji semula tentang Bantuan Khas Covid (BKC) untuk penerima Geran Khas Prihatin (GKP) supaya diberi hak sama rata.

Terima kasih.

Laila Norinda Bt Maon

Exco Wiranita PUTRA Malaysia & Ketua Wiranita Negeri Melaka

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts