KES KECURIAN WANG MEIO DI SPRM: HASANAH SAHKAN WANG MILIK NEGARA SAHABAT, PERLU DIPULANGKAN

594
SHARES
3.5k
VIEWS

Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan atau lebih dikenali sebagai MEIO (Malaysian External Intelligence Organisation), Datuk Hasanah Abd Hamid hari ini membuat satu laporan polis terhadap salah lapor media dan persepsi terhadap beliau yang hangat sehari dua ini.

Hasanah menyifatkan tindakan mengaitkannya dengan kecurian wang yang diamanahkan kepada MEIO oleh tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berunsurkan fitnah dan laporan tidak benar terhadap beliau. Hasanah juga menafikan dan bertegas sama sekali tidak terlibat dengan tuntutan kembali terhadap wang tersebut kerana ia dimiliki oleh negara sahabat yang sebegitu baik hubungannya dengan negara sebelum ini. 

Laporan (akhbar dan media sosial) ini menyatakan bahawa saya telah membuat laporan polis untuk tujuan mendapatkan kembali wang tersebut yang dikatakan telah hilang dan digantikan dengan wang palsu.

Wang yang disebut sebenarnya adalah hak milik pihak negara sahabat yang sebagai sebahagian daripada kerjasama dua hala dalam bidang pengganasan dan bukan hak milik saya atau Bahagian Penyelidikan“.

Rujuk kenyataan penuh laporan polis beliau yang dibuat pagi tadi di balai polis Presint 7, Putrajaya di pautan;

https://editormalaysia.com/24225/

Justeru tindakan dalam pelbagai laporan media sebelum ini termasuk yang mengatakan wang tersebut adalah milik beliau disifatkan sebagai berniat jahat atau ada agenda yang tersembunyi.

Pihak berkuasa terlibat sewajarnya memfokuskan kepada persoalan kenapa wang yang sepatutnya dipulangkan kembali kepada negara sahabat itu masih tidak dikembalikan segera seperti arahan mahkamah dan menyiasat segera bagaimana tiga pegawai SPRM berjaya mencurinya dan membawa keluar sedangkan ia sepatutnya dijaga rapi dan selamat dalam simpanan SPRM?

Mungkinkah ada lagi pihak atau individu lain yang terlibat? Dengan pengesahan bekas Ketua Pengarah MEIO itu kerajaan sewajarnya memfokuskan isu ini kerana dalam diam-diam ketika negara dilanda pandemik, masih ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri wang dalam simpanan SPRM yang masih gagal dipulangkan segera.

Mungkin juga cadangan ‘merehatkan’ Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang akan dibawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke pengetahuan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri wajar dipertimbangkan.

Jika tidak, bukan sahaja SPRM yang akan malu besar, tetapi kerajaan juga terpaksa menanggung implikasi dan tanggapan buruk terhadap negara kerana tidak akan dipercayai lagi oleh negara sahabat lainnya yang banyak membantu negara sebelum ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts