MENUNTUT KETELUSAN SPRM DALAM INSIDEN KECURIAN WANG OLEH PEGAWAINYA SENDIRI

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Insiden kecurian wang rampasan dalam simpanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hangat kebelakangan ini menuntut ketelusan penuh daripada pihak berkuasa terutamanya pihak SPRM kerana dipercayai dilakukan oleh pegawainya sendiri.

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) turut mendesak siasatan terperinci dijalankan berhubung dakwaan pembabitan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam aktiviti salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM25 juta.

Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/20/dakwaan-pegawai-kanan-seleweng-rm25j-jkmrlppr-desak-siasatan-terperinci/

Perkara ini turut telah dibangkitkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mempertikai kewajaran siasatan dilakukan oleh SPRM sendiri dan tidak melibatkan pasukan polis atas jenayah yang dilakukan.

Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/20/3-pegawai-sprm-ditahan-rasuah-gobind-pertikai-siasatan-dibuat-sendiri/

Isu ini perlu dijelaskan kerana ia melibatkan maruah dan integriti SPRM apabila timbul persoalan kenapa ia hanya diumumkan selepas sebuah portal iaitu Edisi Siasat mendedahkan isu ini? Jika tidak didedahkan adakah isu ini mungkin didiamkan sahaja oleh SPRM? Selain persoalan kenapa SPRM sendiri yang membuat siasatan sedangkan ia melibatkan jenayah mencuri wang, wujud juga dakwaan wang yang dicuri oleh pegawai SPRM tersebut turut ditukarkan dengan wang palsu. 

Persoalan rumit ini menuntut penjelasan tuntas SPRM kerana tidak mungkin hanya tiga orang pegawai yang terlibat kerana tentunya wang rampasan dalam kes tuduhan terhadap bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan (MEIO) Datuk Hasanah Abdu Hamid yang berjumlah jutaan ringgit ini dijaga rapi oleh SPRM namun seolah-olah mudah dicuri, seperti ada “tangan-tangan ghaib” berpangkat tinggi yang juga bersekongkol dengan mereka.

SPRM tidak perlu menjaga air muka dan berasa malu walaupun pegawainya sendiri tidak boleh dipercayai dan khianat, sebaliknya menegakkan kebenaran dan bawa yang bersalah ke muka pengadilan inilah cara sebenar untuk ‘menjaga’ air muka SPRM.

Jika kes ini masih mahu didiamkan, sampai bila-bilapun SPRM tidak akan dipercayai lagi selepas ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts