KU LI SIFATKAN LANTIKAN TIDAK DIDUGA, BERHARAP MENTERI DIBAYAR SEPARUH GAJI SAHAJA

365
SHARES
2.1k
VIEWS

Pengumuman kabinet baharu oleh Perdana Menteri ke-9 Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengundang pelbagai reaksi ramai apatah lagi ia dilihat sukar memberi kesan kepada negara apabila nama-nama yang diumumkan tidak memperlihatkan perubahan yang ketara dan signifikan. 

Dato’ Seri Azmin Ali yang sebegitu kontroversi sebelum ini tetap dikekalkan sedangkan beliau merupakan antara nama yang diharap akan digugurkan dalam senarai kabinet kerana kegagalan beliau di kementeriannya memperlihatkan lonjakan melampau kes Covid-19 di negara ini apabila tetap membenarkan kilang-kilang besar beroperasi. 

Isu lantikan kabinet baharu yang dilihat tidak berubah banyak malah masih mengekalkan jumlah yang besar seperti sebelum ini turut mendapat maklum balas daripada Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai tidak diduga kerana ini sahajalah pilihan yang ada ketika ini. 

Ramai orang bertanya apakah reaksi saya kepada kabinet yang baru diumumkan. Saya telah memberikan ulasan bahawa tidak dapat hendak duga selain daripada mereka yang dipilih kerana inilah sahaja pilihan yang ada.”

Selain itu YBM Tengku Razaleigh juga berpandangan sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan kabinet terbaru ini namun beliau berharap agar gaji Menteri-menteri Kabinet yang baru dilantik ini hanya dibayar separuh daripada gaji mereka sebelum ini di bawah Perikatan Nasional.

Apapun, pengumuman kabinet ini telah banyak mengecewakan rakyat Malaysia yang berharap Ismail membuat perubahan namun malangnya beliau mengekalkan lebih 90 peratus daripada kabinet lama yang dilihat gagal sebelum ini.

Justeru rakyat tidak sabar menunggu Parlimen dibubarkan dan akan menentukan siapakah yang mereka pilih mengetuai kerajaan agar lantikan yang gagal sebegini tidak lagi diulangi oleh mana-mana kerajaan kelak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts