APA KABAU ‘KINGMAKER’ MELAKA, HAWAU?

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Jangan salah faham. Tajuk di atas hanyalah frasa orang Melaka bertanya khabar sesama mereka. Bukan kata-kata makian, jauh sekali cacian. Namun ada sedikit sindiran.

Ketika negara berhadapan krisis kepimpinan baru-baru ini, seorang YB UMNO Melaka seolah-olah laparkan perhatian. Mungkin kerana jarang mendapat perhatian, beliau sering berbuat sesuatu yang luar biasa.

2-3 minggu lalu apabila beberapa kali akhbar melaporkan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berjumpa Perdana Menteri ketika itu, YB UMNO Melaka ini menaikkan status di Facebook beliau kononnya ramai yang bertanyakannya mengapa berjumpa PM? 

Adakah YB UMNO Melaka tersebut sangka netizen ini buta huruf? Tidak dapat membezakan nama Peguam Negara dengan nama beliau? Mungkin beliau berniat untuk bergurau, tetapi gurauannya menyakitkan hati! Tidak sempuras kata orang Melaka.

Ketika kemelut MP UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional, beliau nampaknya begitu ‘lahap’ laparkan publisiti. Sanggup mengupah wartawan akhbar untuk menulis diri beliau sebagai ‘Kingmaker‘ politik Melaka jika dua YB Bersatu menarik diri daripada kerajaan negeri.

Kita tahu siapa wartawan yang mendapat imbuhan berbuat demikian. Portal batu api Malaysiakini juga membuat laporan bergambar YB tersebut bersama dengan ADUN UMNO dan 2 YB Bersatu yang menjadi Exco Melaka.

Setelah itu, YB yang perasan akan menjadi ‘Kingmaker‘ memuat naik kunjungan ADUN ‘otai’ UMNO berjawatan Timbalan Speaker DUN Melaka. Kapsyen YB tersebut di FB beliau juga penuh tanda tanya.

Beliau juga pernah memuat naik berita kematian Tun Ahmad Sarji yang merupakan berita palsu. Bagaimana mahu jadi ‘Kingmaker‘ jika berita benar atau palsu tidak dapat dibezakan? 

Lapar sungguh beliau akan publisiti! Kepada UMNO Melaka, tengok-tengoklah YB perasan yang seorang ini. Mungkin kurang kasih sayang menyebabkan beliau jadi begini. Maklum sahaja, dahulu ramai yang mendampingi, sekarang tidak lagi.

Beliau mendakwa ada sokongan daripada dalam UMNO, Pakatan Harapan dan wakil rakyat bebas untuk meruntuhkan kerajaan kerajaan negeri hari ini. Tinggi sungguh ‘imaginasi’ beliau. Jika benar, buktikan sahaja. Tidak perlu ‘acah-acah’ mendapatkan perhatian.

Beliau akan mendapat publisiti dan perhatian sebenar jika berani berpencak bak anak jantan. Jika sekadar baling batu sembunyi tangan atau “touch n go” baik beliau menjadi Sajat sahaja.

Main FB acah-acah berani, kemudian lari sembunyi bila diajak berhadapan….

Oleh King Baker

Pusat Bakeri Tangga Batu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts