DUA GANDINGAN DICADANG MENERUSKAN KERAJAAN GAGAL PN

455
SHARES
2.7k
VIEWS

Ismail Sabri – Hamzah Zainuddin 

Hishamudin Hussein – Azmin Ali

Dua gandingan akan dipersembah kepada YDP Agong esok ketika Tan Sri Mahiaddin Yassin sembah mengadap untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Dengan bilangan ahli Dewan Rakyat yang kurang 110, mereka masih bergelut menyelamatkan keadaan. Plan B, konon walaupun Mahiaddin letak jawatan, kerajaan PN harus kekal.

Mereka hendak menyelamatkan kerajaan atau menyelamatkan diri sendiri? Seperti diketahui ramai, 4 nama yang di atas berdepan jalan mati jika kerajaan jatuh.

Mahu berpatah balik ke parti lama, ibarat menjilat kahak sendiri. Itupun belum tentu diterima.

PPBM pula tentu akan mati jika kerajaan PN jatuh. Mereka tiada sokongan akar umbi. Semua menteri PPBM berhidung tinggi semasa berkuasa.

Jalan mudah, gunakan ahli UMNO yang tidak sedar diri dan hilang roh perjuangan. Ismail Sabri nampak ini sahaja peluang beliau menjadi Perdana Menteri tanpa disangka. Hamzah jadi ‘funder‘ dan “tukang jolok” demi selamatkan diri.

Ismail ingat Hishammuddin dan sahabat baik beliau akan duduk diam? Hisham dan Azmin akan gunakan Mahathir dan jentera lain bagi memastikan mereka berjaya mengenepikan gandingan Ismail ‘puppet‘ dan Hamzah.

Ismail dan Hisham hanya ‘puppet‘ sahaja. PPBM hanya memerlukan UMNO ketika tersepit. Habis madu, sepah dibuang.

Selagi wujud manusia seperti Hisham dan Ismail Sabri dalam UMNO, selagi itulah UMNO hanya menjadi bahan “pakai buang” di arena politik Malaysia.

Dua gandingan di atas bukan penyelesaian kemelut politik negara. Kita mendesak Mahiaddin kerana beliau gagal. Takkan kita mahu menggantikan Mahiaddin dengan orang yang gagal bersama beliau? 

Kita menyembah mohon agar kebijaksanaan YDP Agong berjaya menyelesaikan kemelut ini.

Rakyat di bawah sudah letih. Rakyat hanya mahukan kemelut ini diselesaikan terus sehingga PRU-15. Hanya itu harapan kita rakyat semua.

Kepada Allah kita berserah.

Raja Putra Kumarudin

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts