MUHYIDDIN LETAK JAWATAN ESOK – PUAD ZARKASHI

372
SHARES
2.2k
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi membuat kenyataan bahawa Tan Sri Mahiaddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri esok, malah surat peletakan jawatan juga sudah dihantar. 

Esok (Isnin) Muhyiddin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Ia bukan lagi khabar angin. Tidak boleh ditolak mentah mentah.” 

Pemimpin PPBM tidak tahu surat letak jawatan telah dihantar. Sama juga mereka tidak tahu Muhyiddin kemuka tawaran baru kepada DAP.” 

Menurut beliau, peletakan jawatan itu turut menyebabkan Kerajaan PN tumbang dan jawatan Menteri Kabinet juga terbubar.

Kita yakin kebijaksanaan YDP Agong untuk guna budi bicara baginda melantik Perdana Menteri ‘caretaker’ di bawah Perkara 43(2) dan 40(2).” 

Akhirnya Muhyiddin mengalah. Dia bukan sahaja gagal mentadbir negara tetapi gagal dalam usaha terakhir untuk kekal berkuasa.” 

Beliau juga berkata PPBM akan teruk terkesan besar dengan keputusan Mahiaddin itu dan beliau juga tidak dapat melantik pemangku Perdana Menteri dari PPBM atau PN.

PPBM hilang tempat bersandar yang kukuh untuk menghadapi PRU ke-15. Apatah lagi kebanyakan MP PPBM datang dari kluster katak.” 

Apakah dengan baki 100 MP itu, PN turut melobi supaya Perdana Menteri caretaker datang dari blok mereka?

Malangnya Mahiaddin bukan sahaja terlewat mengundur diri secara lebih terhormat, malah sempat merosakkan reputasi Perikatan Nasional dengan membuat penawaran rasuah dan penyogokan politik secara terbuka serta membuka pekung akan bekerjasama dengan DAP.

Apa kesudahannya dengan Menteri-menteri UMNO DAN PAS yang masih taat dengan Mahiaddin selepas mendengar tawaran kerjasama dengan DAP dan sekaligus membuktikan UMNO difitnah selama ini?

Mungkin boleh teruskan perjuangan bersama Perikatan Nasional dalam jajaran baharu bersama DAP di PRU-15 kelak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts