10 SEBAB KENAPA MAHIADDIN LAGI TERUK DARIPADA MAHATHIR

436
SHARES
2.6k
VIEWS

1. Mahathir guna kuasa dengan berselindung. Guna jentera luar untuk memujuk dan mengugut. Guna Setiausaha Politik sebagai panglima barisan hadapan.

Mahiaddin guna kuasa secara terang-terang. Guna RTM dan media buat siaran langsung perutusan. Semasa perutusan umum bantuan dan tawaran bersifat ‘memujuk’. Konon bukan ‘rasuah’ sangat la.

2. Mahathir muka tebal. Letak jawatan apabila di puncak kuasa dan setelah hilang majoriti. Pelakon ‘air mata’ dikagumi ramai serta ‘sendiri’ mudah lupa. Cakap macam dia saja yang bagus.

Setebal-tebal muka Mahathir, tebal lagi muka Mahiaddin. Tetap nak bertahan walaupun mengaku telah hilang majoriti. Bapa ‘perutusan’ negara. Sikit-sikit buat perutusan tetapi pengecut berhadapan wartawan.

3. Mahathir seorang pembelit. Kepakaran beliau adalah pusing cakap. Berubah-ubah mengikut situasi. Cekap mematikan hujah lawan dengan hujah juga. Berani berhadapan dengan lawannya.

Mahiaddin lagi pembelit. Lagi dahsyat dari lidah biawak. Pembohongan beliau konsisten. Pengecut berhadapan lawannya. Hanya berani dengan komunikasi satu hala.

4. Mahathir terkenal dengan kronisme. Anak-anak semuanya kaya-raya. Jenis naik Mercedes pun sudah macam naik Proton Saga.

Mahiaddin lagi teruk. Mengamalkan kronisme juga. Bukan sahaja anak-anak, sekali dengan menantu ipar duai kaya-raya. Mahiaddin lebih cekap dari Mahathir.

5. Mahathir berlawan dengan Raja-raja Melayu menggunakan Parlimen dengan meminda undang-undang mengurangkan kuasa Raja-raja. Beliau menggunakan saluran undang-undang menyekat kuasa Raja-raja Melayu.

Mahiaddin berlawan dengan Raja-raja Melayu menggunakan undang-undang yang ditafsir mengikut kepentingan sendiri. Agong titah buka Parlimenpun Mahiaddin asyik ‘tai chi’ sahaja. 

Siap boleh tawar-menawar kepada lawan. Boleh buka Parlimen cepat jika terima tawaran beliau.

6. Mahathir menggunakan DAP secara terang-terangan. Dahulu guna DAP untuk kepentingan beliau dalam UMNO dan orang Melayu. Selepas itu guna DAP untuk kepentingan beliau menumbangkan Barisan Nasional.

Mahiaddin pula cuba menggunakan DAP secara diam-diam. Tuduh orang lain buat jajaran politik baharu. Selepas tuduhan gagal dibuktikan, sekarang topeng beliau gunakan DAP semakin terserlah. Tidak ‘gentleman‘ langsung buat deal sorok-sorok.

7. Mahathir menguasai kabinet semasa pemerintahannya. Hanya ada satu punca kuasa memberikan arahan. Mahathir gunakan taktik pecah dan perintah menguasai kabinet.

Zaman Mahiaddin ada pelbagai punca kuasa. Ada TPM patung, ada menteri kanan ‘kabur’ dan menteri perasan macam PM. Arahan caca marba dan sering ‘flip-flop‘.

Mahiaddin bukan gunakan taktik pecah dan perintah. Beliau memang hilang kawalan ke atas kabinetnya.

8. Mahathir gunakan Anwar untuk kepentingan beliau. Sanggup mengadap Anwar beberapa kali setelah menghina Anwar. Tawarkan Anwar jawatan PM selepas beliau (zaman PH).

Mahiaddinpun menggunakan Anwar. Beliau tawarkan Anwar jawatan setanding menteri kanan (tidak tahu mahu ketawa atau menangis). Tawarkan jawatan yang tiada pewartaan dan lebih rendah daripada apa yang ditawarkan Mahathir.

9. Mahathir menjadi PM dengan menang pilihan raya. Apapun dikata orang mengenai SPR, kemenangan Mahathir dilihat sah dan ‘gentleman’.

Mahiaddin menjadi PM melalui pengkhianatan. Beliau lompat daripada PH dan menubuhkan PN. Tanpa mandat daripada rakyat. Mahiaddin dilihat sebagai PM ‘pintu belakang’.

10. Mahathir memberikan pendapat dalam agama mengikut pandangan beliau sendiri. Beliau sanggup berhadapan dan berhujah secara logik dengan agamawan. Menggunakan tokoh agama demi kepentingan diri sendiri.

Mahiaddin pula menunggang agama demi kepentingan diri. Ini lagi teruk. Kebolehan agama tidak setanding dengan tindakan kendiri. Cakap tidak serupa bikin. Jika hari-hari keluar gambar baca doa, patut sahsiah diri lebih mulia. Reda dan tawaduk, bukan ego mempertahankan jawatan.

Nilai dan fikirkanlah…

Paku Warren 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts