APA YANG PEMIMPIN UMNO PRO-PERIKATAN NASIONAL BOLEH BELAJAR DARIPADA PAS?

424
SHARES
2.5k
VIEWS

Banyak tafsiran mengenai setia, taat atau wala’ ini walaupun ia sebenarnya cukup mudah untuk dijelaskan. Selain itu terjemahan erti kesetiaan ini juga boleh dipelajari melalui parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS.

Namun ini tidak bermakna parti lain membelakangkan Islam, tetapi kerana naratif dan corak perjuangan politik itu berbeza maka caranya tidak sama. Apapun ia tetap dalam kerangka politik, tidak lebih daripada itu. Ini kerana bagi parti berteraskan Melayu, Islam itu tetap diutamakan.

Dalam isu pemimpin UMNO kata setia kepada parti namun dalam masa yang sama menumpahkan kesetiaan kepada gabungan yang membentuk kerajaan dinamakan Perikatan Nasional, banyak perkara yang patut mereka belajar daripada PAS. 

Contohnya, apabila Presiden dan seluruh pimpinan PAS membuat keputusan untuk bekerjasama dengan DAP, ahli-ahli dan para penyokong parti setuju dan sebulat hati menerima keputusan tersebut. Kesetiaan kepada gabungan Pakatan Rakyat, diterjemahkan melalui kesetiaan kepada parti, hatta akan bersama dengan DAP untuk menumbangkan kerajaan diterajui pemimpin Islam.

Kualiti inilah yang tiada dalam diri pemimpin-pemimpin UMNO yang memilih setia kepada Perikatan Nasional dan bukan parti sendiri. Sedangkan parti memutuskan untuk memihak dan menjunjung tinggi titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tetapi mereka tetap tidak mahu setia dengan parti.

Sedangkan hakikatnya YDP Agong itulah Ketua Negara sebenar, amir atau ketua kepada seluruh rakyat di negara ini sama ada beragama Islam ataupun tidak. YDP Agong tidak mewakili parti politik tetapi baginda bertanggungjawab terhadap negara dan rakyatnya, malah hanya meminjamkan kuasanya kepada kerajaan yang memerintah. 

Ini yang perlu pemimpin-pemimpin UMNO dalam kalangan Kluster Menteri dan Pengerusi GLC ini perlu belajar daripada PAS. Taat setia kepada Presiden dan parti walau apapun keputusan yang diambil.

Mungkin ramai yang tidak faham sehingga kini tindakan PAS bersama DAP sebelum ini, tetapi hakikatnya itulah nilai kesetiaan kepada Presiden, pemimpin-pemimpin dan parti melebihi kepentingan diri sendiri. 

Mungkin juga pemimpin-pemimpin PAS boleh menasihati pemimpin UMNO ini agar mereka taat setia terlebih dahulu kepada parti sepertimana mereka sebelum ini boleh menumpahkan taat setia kepada keputusan parti untuk bersama DAP. 

Ini kerana taat setia kepada parti lebih utama hatta bersama DAP menumbangkan kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Islam – PAS tetap tiada masalah untuk setia dan wala’ kepada pemimpin dan parti. 

Justeru keputusan UMNO memutuskan keluar daripada Perikatan Nasional atas sebab yang jauh lebih bagus dan murni iaitu menzahirkan ketaatan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan menjunjung tinggi titahnya, wajar ditaati.

Kesetiaan wajar diberi tanpa berbelah bahagi, tidak perlu bermain kata-kata atau berbasa-basi. Apatah lagi Presiden dan pemimpin kanan UMNO bukannya mengajak bertahaluf siyasi dengan DAP, sekadar membuat keputusan menjarakkan diri dengan gabungan yang tidak mahu menjunjung tinggi titah Istana, malah membelakangkan Perlembagaan dan memandulkan demokrasi. 

Parti dan pemimpin politik datang dan pergi, tetapi YDP Agong dan Raja-raja Melayu teguh bersemayam sejak dahulu lagi.

Kelak mereka sendiri yang menyesal dan rugi kerana tidak lagi dipercayai. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts