CABARAN MAHATHIR MENTERINYA CACAMARBA

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Satu-persatu Menteri Pakatan Harapan yang dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terpaksa mengikut kuota parti yang membentuk kerajaan, membuat onar secara terang-terangan.

Jelas pentadbiran Tun Mahathir kini caca-marba, Menteri Pertahanannya, Mat Sabu membuat kesilapan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang sejarah penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu dengan mendedahkan kelemahan ketenteraan negara, yang menjadi bahan lawak netizen dan di kedai kopi.

Menteri Kewangannya pula iaitu Lim Guan Eng, seorang yang obses terlampau dengan 1MDB sehingga melupakan tugas-tugas hakikinya termasuk baru menyedari kehilangan lebih RM18bilion wang bayaran balik Cukai Produk dan Perkhidmatan (GST) selepas hampir tiga bulan menjadi Menteri.

Akibat terlampau obses sehingga pertimbangan akalnya sendiri dilupakan dengan membuat dakwaan kerajaan Barisan Nasional merompak wang bayaran balik GST tanpa menunjukkan sebarang bukti walaupun beliau sendiri seorang akauntan bertauliah.

Ataupun seperti dakwaan beberapa pemimpin UMNO, wang tersebut digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan sendiri kerana sumber kewangan negara merosot setelah melaksanakan GST sifar.

Belum lagi masalah yang akan dihadapi oleh kerajaan apabila melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) pada 1 September ini yang bakal menambah kerumitan mereka kelak.

Kasihan Tun Mahathir, dalam usia lanjut tentunya sudah tidak tertegur lagi akan jemaah Menterinya yang cacamarba sebegini kerana sikap pembangkang masih menebal di kalangan mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts