KENYATAAN BIADAP ZURAIDA TERHADAP YDP AGONG MENCERMINKAN SIKAP SEBENAR PERIKATAN NASIONAL

383
SHARES
2.3k
VIEWS

Satu negara dikejutkan dengan kenyataan angkuh dan biadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terhadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, kononnya beliau kecewa dengan baginda kerana tidak mendapatkan pandangan kerajaan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Amat biadap dan angkuh apabila secara terbuka beliau berkata YDP Agong perlu mendapat nasihat Kabinet tentang apa sahaja, yang jelas meremehkan dan merendah-rendahkan peranan dan fungsi YDP Agong. 

Lebih biadap beliau berkata, “Saya sedikit kecewa. Apa saja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri. (Lebih-lebih lagi) Perdana Menteri (mengadap YDP Agong) sekali seminggu sebelum mesyuarat Kabinet.”

Beliau dipetik berkata demikian dalam rancangan bual bicara bahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani semalam. Tindakan angkuh dan biadap beliau ini sama seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini dan jelas menunjukkan satu Kabinet mempunyai pendirian yang sama.

Bagi mengelakkan menderhaka kepada YDP Agong dan Raja-raja Melayu, parti UMNO bertindak cerdik dengan meninggalkan Perikatan Nasional agar tidak terpalit dengan kebodohan Menteri-menterinya yang sibuk mempertahankan tindakan salah kerajaan. Rujuk artikel “Enggan derhaka YDP Agong, UMNO tarik sokongan terhadap Perikatan Nasional” di pautan;

https://editormalaysia.com/23713/

Sama ada tindakan UMNO ini mengakibatkan Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan kerana tidak cukup sokongan bukanlah isu utama kerana apa yang penting UMNO tidak boleh bersama dengan kerajaan yang jelas menderhaka dan mempersenda YDP Agong.

Bukan setakat menderhaka dan mempersenda, malah lebih teruk Perikatan Nasional mempertahankan tindakan salah yang dilakukan oleh mereka. 

Hari ini satu negara boleh melihat wajah sebenar Perikatan Nasional dan parti-parti yang mendokongnya. Cukup-cukuplah menderhaka, angkuh dan biadap.

Jika masih ada sekelumit rasa malu dan hormat terhadap YDP Agong dan Institusi DiRaja, Menteri-menteri Perikatan Nasional terutamanya daripada UMNO wajar meletakkan jawatan serta-merta. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts