KENYATAAN ZURAIDA KAMARUDDIN ANGKUH DAN BIADAB – WIRANITA PUTRA

402
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA 

3 Ogos 2021

1. Wiranita PUTRA menzahirkan rasa amat kesal kerana Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin yang bersikap angkuh dan biadab kerana menyatakan YDP Agong mesti bertanya kepada kerajaan untuk melakukan apa-apa tindakan. Jelas kenyataan beliau tidak menghormati DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara dan beliau tidak ada akal budi dan akhlak sebagai wanita Melayu yang sepatutnya beradab .

2. Amat jelas Datuk Zuraida tidak menghiraukan kenyataan daripada media yang dikeluarkan oleh Istana Negara bahawa YDP Agong telah menzahirkan rasa amat dukacita baginda di atas Pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai 21 yang tidak mendapat perkenan terlebih dahulu daripada baginda.

3. Adakah Datuk Zuraida lupa atau sengaja mengundang ketegangan dengan pihak Istana? YDP Agong telah memanggil Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang serta telah memberi nasihat supaya Ordinan Darurat dibahaskan di Dewan Rakyat. Akan tetapi nasihat baginda telah diputar-belitkan.

4. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung tetapi berlainan pula dengan tindakan Datuk Zuraida yang berani dan lantang mempertikaikan kenyataan YDP Agong.

5. Beliau telah memperlekehkan kebijaksanaan YDP Agong di dalam titah berkenan pembatalan Ordinan Darurat yang perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

6. Hanya ada 2 sahaja kaedah sahaja yang boleh membatalkan Ordinan Darurat iaitu;

(a) Perkenan Yang DiPertuan Agong

(b) Dibahas di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

7. Di sini jelas bahawa tindakan kerajaan PN yang telah membatalkan Ordinan Darurat sebelum ini adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

8. Kenyataan Datuk Zuraida dalam wawancara bahasa Inggeris di “Consider This” di Astro telah menggambarkan seolah-olah beliau tidak tahu Perlembagaan dan peruntukan yang ada.

9. Menurut kenyataan Datuk Zuraida, YDP Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah adalah perbuatan yang sangat biadap dan tidak berpijak di bumi nyata.

10. Kenyataan beliau telah mencerminkan beliau langsung tidak menghormati kedudukan YDP Agong di dalam Perlembagaan dan yang penting sebagai Ketua Negara.

11. Sehubungan dengan itu Wiranita PUTRA menggesa agar suatu siasatan dibuat dan tindakan diambil atas kenyataannya yang biadap dan melampaui batas.

12. Wiranita PUTRA juga menggesa supaya Datuk Zuraida segera membuat permohonan maaf terhadap YDP Agong dan Raja-raja Melayu. 

Terima kasih.

Ros Hanita Bt. Mohd Basir

Ketua Sayap Pergerakan Wiranita Putra Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts