TUNTUTAN MENGGANTUNG PENETAPAN TABUNG HAJI DI BAWAH AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013

400
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

19 Julai 2021

Merujuk kepada keputusan jemaah menteri yang memutuskan untuk menetapkan Tabung Haji (TH) sebagai sebuah institusi kewangan Islam di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI), kami NGO-NGO yang disenaraikan di bawah, menuntut Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH serta Menteri Kewangan menggantung  keputusan tersebut dengan segera. 

Kami amat dukacita kerana keputusan untuk mengawalselia  Tabung Haji seperti bank-bank Islam lain telah dibuat dengan tergesa-gesa tanpa konsultasi awam; seolah-olah tidak peka bagaimana ia boleh mengubah konsep model perniagaan yang diilhamkan oleh pengasas  TH; sekaligus menafikan peranan TH dalam memperkasa serta membangun ekonomi muslim. 

Keputusan jemaah menteri juga dilihat bercanggah dengan penubuhan RCI oleh jemaah menteri sendiri yang diumumkan sehari sebelum itu; yang antara lain bagi mengkaji semula pelan pemulihan TH. 

Justeru penetapan TH di bawah APKI adalah pramatang dan boleh memprejudis siasatan RCI dan meletakkan mandat Suruhanjaya Siasatan DiRaja sebagai lemah dan tidak bermakna. RCI seharusnya diberikan tempoh yang wajar bagi menyempurnakan siasatannya sebelum apa-apa keputusan penetapan TH tersebut diumumkan. 

Atas dasar di atas, kami yang nama organisasi tertera di bawah, menggesa keputusan penetapan TH sebagai institusi perbankan Islam digantung dan ditangguh dengan segera sehingga siasatan RCI selesai dan sehingga pandangan semua pihak termasuk pakar dan badan-badan NGO Islam diambil kira. 

Yang benar,

Tuan Hj Ar. Mohd Azli bin Md Yusof

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Tuan Haji Abd Halim Husin

Pengerusi

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Tuan Haji Aminuddin Yahaya

Pengerusi

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Datuk Dr Hassan Mad

Setiausaha Agung

Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Cikgu Mohd Zai Mustafa

Pengerusi

GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) dan Gabungan NGO Bersekutu

Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Pengerusi Bersama

Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA)

Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera

Pengerusi

Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia (MMJ)

Turut menyokong:

1. Dato Faridah A Jabbar

Yang Dipertua

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA)

2. Datuk Seri Sharif Busrah

Pengerusi

ADAB Sarawak

3. Abd Kareem B Said Khadaied

Ketua Aktivis

Gabungan Demi Melayu

4. Nor Razizi  

Presiden 

Persatuan Pengusaha  Industri Bengkel Malaysia

5. Mohd Azeman Bin Omar

Presiden

Himpunan Anak Kedah Malaysia

6. Dato Azlin Ahmad Shaharbi

Presiden

Persatuan Wanita Bumiputera Perniagaan & Profesyen (Peniagawati)

7. Mohamad Jamalee Bashah

Presiden

Persatuan Patriots Malaysia (Patriots)

8. Mahmud Hishamuddin

Setiausaha Agung

MUAFAKAT

9. Hajah Rokiah Bte Hassan

Presiden

Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia

10. Raja Petra Marudin 

Naib Presiden 

PEKEMA

11. Hj Hanafee Yusoff

Presiden

Persatuan Pengusaha Kayu Kayan dan Perabut Bumiputera Malaysia

12. Hajah Asral Widad Bt. Ahmad Asnawi

Pengerusi

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

13. Cr. Azlina Binti Mohamed Isa

Presiden 

Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kwsn Seputeh (PKOPKS)

14. Dato’ Nor Haliza Hussain

Pengerusi Dewanita Malaysia

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

15. Dato Md Pishal Ab Raub

Presiden 

Muslim Business Association of Malaysia (MUBIN)

16. Sukmamurni Abdul Manap

Presiden

Pertubuhan pembangunan Dan Inovasi Wanita (WADI)

17. Ustaz Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari

Presiden

Aswaja Malaysia

18. Datuk Dr Mohd Ghazali bin Md Noor 

Convenor

Global Waqf Conference

19. Dato Najmudeen Kader

Presiden

Liga Muslim

20. Bashir Ahmad Bin Kassim

Pengerusi

Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS)

21. Datuk Nadzim Johan

Ketua Aktivis

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

22. Zaid Gregory Bramadesa Bin Philip

Naib Presiden & Ketua Biro Hal Ehwal Islam 

Pertubuhan Penggerak Selangor Baru

23. Haji Jais Abdul Karim

Presiden

MCW – Pemerhati Rasuah Malaysia

24. Muhammad Ali Rali Bin Abdullah

Ketua Biro Dakwah

Pendidikan dan Kebajikan Persatuan Inspirasi Muallaf

25. Ruslan Zainal Abidin

Setiausaha Agung

Gagasan Melayu Perak

26. Suzana Othman

Pengerusi

Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)

27. Puan Sri Fatini Yaacob

Pengerusi Eksekutif

Yayasan Kasih Tauhid

28. Muhammad Sharif Pono

Pengerusi

Sukarelawan Bela Islam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts