• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, May 27, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

10 SOALAN MENGENAI VAKSIN DAN COVID-19

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
July 9, 2021
in Semasa, Utama
0
10 SOALAN MENGENAI VAKSIN DAN COVID-19
42
SHARES
471
VIEWS

Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin mengetahui beberapa perkara berkaitan vaksin dan kesannya terutama kematian.

Memandangkan lonjakan kes jangkitan mahupun kematian akibat Covid-19 yang melonjak, Kementerian Kesihatan perlu menjawab dengan telus perkara-perkara yang menjadi keresahan rakyat.

Pertama. Berapa kes kematian selepas penerima mengambil satu dos vaksin?

Kedua. Berapa kes kematian selepas penerima mengambil dua dos lengkap?

Ketiga. Berapa kes penerima mengalami mudarat serius seperti dirawat di hospital selepas mengambil sama ada satu dos mahupun dua dos vaksin?

Keempat. Daripada keseluruhan kes kematian ( selepas mengambil vaksin) yang dilaporkan menerusi media sosial, berapa ramai yang berusia di bawah 60 tahun dan 40 tahun?

Kelima.Terdapat banyak kes penerima lengkap vaksin masih dijangkiti Covid-19 sebagaimana tersiar di media sosial. Berapa banyak kes keseluruhannya?

Keenam. Berapakah kes penerima yang telah mengambil dua dos vaksin, dijangkiti dan menyebabkan jangkitan kepada orang lain?

Ketujuh. Daripada keseluruhan kes kematian (selepas mengambil vaksin), berapa ramai keluarga mangsa yang telah memohon pampasan seperti dijanjikan kerajaan?

Berapa pula keseluruhan permohonan pampasan akibat kesan negatif suntikan vaksin yang serius meliputi sakit berpanjangan, strok, koma dan kematian?

Kelapan. Berapa ramai petugas barisan hadapan (frontliners) terutama petugas hospital yang maut akibat dijangkiti Covid-19 dan daripada jumlah itu berapakah yang telah mengambil vaksin?

Kesembilan. Memandangkan kes kematian yang melonjak, adakah penggunaan ubat alternatif khususnya Ivermectin dibenarkan kepada mereka yang dijangkiti Covid-19?

Adakah Ivermectin dibenarkan dijual di klinik dan farmasi? Jika tidak dibenarkan mengapa sedangkan ia ternyata berkesan menerusi kajian di Barat.

Kesepuluh. Berapakah kes pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana disahkan penyakit lain tetapi kemudian dijangkiti Covid-19 termasuk meninggal dunia?

Saya amat berharap Kementerian Kesihatan terutama Ketua Pengarahnya dapat mengambil pendekatan lebih proaktif dari segi perkongsian maklumat agar tidak sterotaip sebagaimana dalam kenyataan dan sidang-sidang media.

Rakyat juga ingin mengetahui hal-hal yang saya tanyakan di atas, yang sebenarnya banyak dilontarkan di media sosial tetapi tiada jawapan daripada Kementerian Kesihatan.

Habibullah Hassan

Desa Pandan, Kuala Lumpur

Tags: Covid-19Habibullah HassanIvermectinVaksin Covid-19
Previous Post

KEDEGILAN MAHIADDIN BAKAL ‘MENGUNDANG’ DAP KEMBALI KE PUTRAJAYA?

Next Post

DUA MAJIKAN DIKOMPAUN RM50,000, PREMIS  BEROPERASI TANPA KEBENARAN MITI

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA HARI ISNIN, 2 MEI 2022

HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA HARI ISNIN, 2 MEI 2022

May 2, 2022
SIASAT SEGERA ISU KOMISEN VAKSIN 

SIASAT SEGERA ISU KOMISEN VAKSIN 

April 24, 2022
MYSEJAHTERA TIDAK AKAN BERTUKAR STATUS JIKA TIDAK MENGAMBIL BOOSTER?

MYSEJAHTERA TIDAK AKAN BERTUKAR STATUS JIKA TIDAK MENGAMBIL BOOSTER?

March 21, 2022
SOP MASJID: ELAK FITNAH ATAS AGAMA?

SOP MASJID: ELAK FITNAH ATAS AGAMA?

February 27, 2022
KKM DIGESA PEKA ISU KESELAMATAN REMAJA YANG DIVAKSIN 

KKM DIGESA PEKA ISU KESELAMATAN REMAJA YANG DIVAKSIN 

September 29, 2021
MPPK MENYOKONG PENUH SYARAT LENGKAP DUA DOS VAKSINASI UNTUK KEMBALI KE KAMPUS

MPPK MENYOKONG PENUH SYARAT LENGKAP DUA DOS VAKSINASI UNTUK KEMBALI KE KAMPUS

September 12, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In