KEDEGILAN MAHIADDIN BAKAL ‘MENGUNDANG’ DAP KEMBALI KE PUTRAJAYA?

458
SHARES
2.7k
VIEWS

Itulah gambaran sebenar jika Mahiaddin Yasin terus berdegil mempertahankan jawatannya sekarang.

Benar bagai dikata, beliau tidak pernah ‘berjiwa besar”. Tiada “kepentingan rakyat” dalam kamus hidup beliau.

Yang ada hanyalah kepentingan sendiri. Manakan tidak, Mahiaddin kini membutakan mata dan memekakkan telinga dari rintihan ramai.

Rakyat semakin meluat dengan kerajaan sekarang. Segala perancangan dan tindakan, hanya menjaga tembolok mereka dan keluarga sahaja.

Yang senang semakin senang. Kilang dan premis perniagaan besar terus dibenar beroperasi. Sudah tutup kerana PKPD, namun boleh dibuka semula selepas 5 hari.

Manakala yang susah, semakin merana. Rakyat semakin menderita. Premis perniagaan kecil boleh buka dengan syarat yang amat ketat. Tidak patuh SOP akan disaman.

Rakyat disuruh patuh SOP. Jika menteri? Semuanya boleh. Tidak pakai ‘mask‘ boleh, makan di kedai boleh, kenduri durian, pun boleh.

Berkumpul sambutan hari lahirpun boleh. Ada bekas menteri juga bebas untuk ke luar negara bersama keluarga. Alasannya menghantar anak masuk sekolah asrama di Perancis.

Semua perlakuan golongan ‘kayangan’ ini menambah rasa benci rakyat kepada kerajaan. Namun macai dan pemimpin kerajaan tanpa malu-malu mengaku mereka telah berjaya.

Eloklah UMNO menarik sokongan kepada kerajaan hari ini. Jangan terpalit dengan kegagalan yang ada bersama kerajaan PN hari ini.

Apabila rakyat muak, mereka akan menghukum kerajaan hari ini. Pengundi akan ‘mencuba’ sekali lagi mencari kerajaan alternatif yang boleh berkhidmat untuk mereka.

PH yang diketuai DAP pula cuba menangguk di air keruh. Memasang jerat dengan janji-janji manis mereka dahulu. Lembut gigi dari lidah bila berjanji.

UMNO tidak mahu DAP. UMNO juga tidak mahu Anwar. Pendirian mereka jelas. Mahukan kerajaan sementara yang boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat di waktu ‘sukar’ ini.

UMNO juga tidak mahukan jawatan TPM. Begitu juga jawatan menteri kanan. Hanya BERSATU yang galak mengumpan bagi mempertahankan mereka dalam kerajaan PN.

Jika rakyat kembali memilih PH, jangan salahkan UMNO. UMNO telah membuka jalan ‘menyelamatkan’ kerajaan sekarang untuk menukar pemimpin. Bukan menukar kerajaan.

Jika DAP kembali ke Putrajaya, ia kerana kedegilan Mahiaddin mahu kekal jawatan PM. Kedegilannya itulah yang membawa DAP kembali ke Putrajaya!

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts