MAHATHIR PERLU TEGUR MAT SABU DEMI KESELAMATAN NEGARA

375
SHARES
2.2k
VIEWS

Presiden AMANAH adalah YB Mohamad Sabu dan beliau juga Menteri Pertahanan Malaysia. Jawatan beliau adalah amat penting dan strategik kerana beliau Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan negara termasuk memelihara aset penting pertahanan dan hal ehwal tentera.

Amat besar tanggungjawab beliau kerana keselamatan negara adalah di bawah kawalannya. Jika berlaku darurat, tenteralah yang akan mengambil alih dan pihak polis sendiri tidak dibenarkan keluar. Jika berlaku pencerobohan seperti di Lahad Datu seperti pada tahun 2013 dahulu, tentunya arahan Mat Sabu diperlukan untuk menanganinya.

Beliau mengetahui segala-galanya berkaitan kekuatan ketenteraan dan pertahanan negara bahkan di mana kelemahannya juga diketahui oleh beliau.

Sekiranya sesebuah negara berperang atau menghadapi konflik dengan negara jiran maka Menteri Pertahanan adalah orang pertama yang dicari oleh Perdana Menteri untuk menghadapi ancaman tersebut.

Perdana Menteri akan meminta nasihat daripada beliau untuk membuat rancangan yang paling berkesan  untuk menangkis ancaman dan sekaligus menyelesaikannya.

Sekiranya Menteri Pertahanan sesebuah negara dipengaruhi oleh negara luar melalui agen ataupun NGO yang didalangi oleh agensi risikan mereka, maka ini merupakan satu malapetaka buat negara tersebut.

Tun Mahathir Selaku Perdana Menteri Malaysia wajar meneliti perkara ini dan menegur Menteri Pertahanan beliau, Mat Sabu yang semakin kerap membuka ‘pekung’ ketenteraan.

Beliau tidak dituntut untuk menyorokkan kelemahan tentera seperti ketinggalan jauh ke belakang berbanding Vietnam sekalipun atau menyebut jumlah jet pejuang Sukhoi yang mampu terbang, tetapi ada perkara perlu dinyatakan secara tertutup dan ada perkara yang boleh dikatakan secara terbuka. Kelemahan ketenteraan kita dan jumlah jet pejuang Sukhoi yang mampu terbang adalah antara perkara yang perlu Mat Sabu nyatakan secara tertutup.

Tun Mahathir perlu menegur keras Mat Sabu berkaitan perkara ini dan jangan biarkan beliau membuat kenyataan yang tidak melambangkan beliau selaku seorang Menteri Pertahanan tetapi seperti seorang pelajar baharu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ini termasuk pengakuan Presiden Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Daniel Twining yang secara terbuka memaklumkan mereka bekerjasama dengan pembangkang sejak 2002 untuk menjatuhkan kerajaan, antaranya dengan parti AMANAH dan PKR yang boleh dilihat jelas melalui Twitter beliau.

IRI dan National Endowment for Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada IRI untuk Pakatan Harapan sejak 2002 secara terbuka dikenali sebagai badan yang berkaitan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Bagaimana mungkin selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, IRI bertemu beberapa pemimpin tertinggi PH di Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk membincangkan agenda kerajaan seperti yang diakui oleh Daniel sendiri?

Demi kedaulatan dan keselamatan negara, perkara ini tidak boleh diremehkan oleh Tun Mahathir, apatah terang-terangan ini adalah satu pengkhianatan terhadap negara.

Tun Mahathir perlu menegur sekeras-kerasnya dan mencegah Mat Sabu serta pemimpin PH lain yang terlibat dengan pengkhianatan ini dari awal.

Apatah lagi jawatan strategik Menteri Pertahanan kini digalas oleh Mat Sabu yang boleh salurkan maklumat dan rancangan sulit ketenteraan kepada pihak yang membiayai beliau.

Apakah jaminan Mat Sabu tidak akan berbuat sedemikian sekiranya sebelum ini beliau telahpun secara terbuka memberikan maklumat kelemahan tentera Malaysia?

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts