WIRA PUTRA GESA PDRM DAN SPRM SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA MENTERI DALAM MELANTIK TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

383
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

5 Jun 2021 | 24 Syawal 1442H

1. Satu artikel yang telah disiarkan baru-baru ini berkaitan usaha Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sekali lagi ingin campur tangan dalam perihal pelantikan jawatan tertinggi di PDRM, makin mengeruhkan perspektif masyarakat terhadap PDRM dan Kementerian Dalam Negeri.

Rujuk artikel berkenaan di pautan;

https://steadyaku47.com/2021/06/04/hamzah-zainuddin-mazlan-lazim-cari-makan-di-pdrm/

2. Pendedahan dan kenyataan dalam artikel ini boleh ditakrifkan sebagai dakwaan semata-mata tetapi Wira PUTRA yakin kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, Wira PUTRA juga menggesa agar PDRM turut menyiasat siapa dalang di sebalik penulisan kenyataan dalam portal tersebut.

Sekiranya ia merupakan fitnah, Datuk Hamzah Zainuddin selaku Menteri Dalam Negeri perlu menafikan dan segera mengambil tindakan tegas kerana kenyataan itu mencemar nama baik serta mencalar integriti KDN terutamanya PDRM. 

3. Walaupun begitu, Wira PUTRA dengan rendah hati mohon ampun perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mempertimbangkan sewajarnya sesiapa jua yang ingin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mestilah daripada kalangan tokoh pemimpin PDRM yang bebas, bersih dan berintegriti.

PDRM adalah badan penguatkuasaan yang wajib bebas daripada sebarang agenda politik dan pengaruh luar. Sebarang kesilapan dalam pelantikan akan memberi kesan negatif serta mencalar imej PDRM dan KDYMM Tuanku sendiri.

4. Jika hal yang dinyatakan di dalam artikel tersebut adalah benar, kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador pada sehari sebelum penamatan khidmatnya sebelum ini juga perlu diambil kira. Ini menunjukkan penyalahgunaan kuasa berulang kali oleh orang yang sama selaku Menteri Dalam Negeri dan wajar diambil tindakan sama ada dipecat atau dipindahkan ke kementerian lain.

5. Rakyat tidak mahu diwakili pemimpin yang mengkhianati kuasa yang diamanahkan berulangkali sama ada demi kepentingan politik ataupun agenda peribadi tanpa dikenakan sebarang tindakan tatatertib atas segala kesalahan yang dilakukan. Hentikan sikap “double standard” golongan kayangan untuk menjadikan Malaysia lebih baik pada masa depan.

Siasatan SPRM perlu dilakukan dan sekurang-kurangnya ringkasan laporan siasatan perlu diumum kepada rakyat bagi memulihkan kembali imej PDRM.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts