WIRA PUTRA GESA SPRM SIASAT SEGERA SKANDAL TANAH LGM TERMASUK CAMPUR TANGAN MENTERI

375
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA (WIRA PUTRA)

2 Jun 2020 | 21 Syawal 1442H

1. Merujuk kepada kenyataan akhbar bertarikh 31 Mei 2021 Ahli Parlimen Jerantut, Dato’ Ahmad Nazlan Idris yang merupakan bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), berkenaan campur tangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam pengurusan LGM Properties Corporation (LGMPC) telah menyebabkan kegagalan tadbir urus LGMPC. Wira PUTRA berasa amat kesal di atas ketirisan yang berlaku di dalam LGM dan akan memperjuangkan supaya kebenaran ditegakkan dan tanah LGM kembali ditadbir urus dengan baik.

2. Menurut kenyataan beliau, isu sewaan tanah RM 0.70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju 5 tahun campur 10 tahun . Namun, Menteri mahukan 5 tahun + 10 tahun + 10 tahun menjadikan 25 tahun. Hasil yang boleh diperolehi oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 billon jika diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding dengan hasil sewaan RM42 juta kepada syarikat milik rakyat Turki. Menteri didakwa meluluskan pajakan tanah Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga 70 sen sekaki, berbanding harga pasaran RM2.50 sekaki untuk tempoh 25 tahun dengan kadar kenaikan kadar pajakan 10 peratus setiap tahun.

3. Dakwaan kedua beliau, berkenaan tanah Lot 20012 di Jalan Ampang berstatus Tanah Warisan seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki berbanding harga pasaran RM1,400 sekaki.

4. Wira PUTRA memandang serius berkenaan dengan dua dakwaan di mana sumber fakta yang datang daripada bekas Pengerusi LGM sendiri. Wira PUTRA menggesa agar isu tanah LGM ini perlu disiasat dengan telus dan sesekali tidak akan membiarkan isu ini diam tanpa berita. Laporan siasatan perlu disiarkan kepada umum agar pemegang taruh termasuk penoreh-penoreh getah dapat mengetahui kebenaran berkenaan status tanah yang terlibat.

5. Wira PUTRA turut menggesa agar pihak-pihak yang terlibat di dalam kegagalan tadbir urus aset LGM dijatuhkan hukuman yang setimpal tidak kira Menteri atau pihak pengurusan. Isu ini secara tidak langsung menyentuh sentimen warisan tanah pemegang taruh termasuk penoreh-penoreh getah yang tidak boleh diambil mudah dan sepatutnya ditadbir urus dengan serius agar menjaga kepentingan LGM.

6. Wira PUTRA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan aggresif termasuk tindakan undang-undang sekiranya pihak berwajib gagal menjalankan siasatan dengan telus. Wira PUTRA berikrar akan terus bersuara berkenaan dengan isu tanah LGM ini dan tidak akan sesekali membiarkan isu ini didiamkan tanpa siasatan penuh.

MENTERI PARTI ISLAM (PAS) MEMALUKAN UMAT ISLAM. 

Berjuang. Berkhidmat. Berkorban

Syed Mohd Shahriman Bin Syed Badrishah

Naib Ketua Wira Putra Malaysia
PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts