ISU PEMECATAN PENGERUSI PRASARANA YB TAJUDDIN AB RAHMAN 

420
SHARES
2.5k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

27 Mei 2021

1. Pepatah Melayu peninggalan nenek moyang ada menasihatkan kita iaitu KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA. 

2. Kata-kata gurauan yang tidak kena pada peristiwa di kala berlaku malapetaka yang mengejutkan semua pihak dan sedih. Saya turut kecewa dan terkejut dengan kenyataan gurauan YB Tajuddin Ab Rahman yang tidak sepatutnya, apatah lagi beliau sudah berumur dan sepatutnya lebih matang.

Beliau seorang yang nampak serius tetapi tersilap membuat kenyataan yang tidak sepatutnya.

Sifat istiqamah dan tenang setiap masa adalah senjata kekuatan kepada seseorang pemimpin.

Tegas dan berani tidak seharusnya menjadi pedang yang membunuh diri sendiri.

3. Walaubagaimanapun, YB Tajuddin AB RAHMAN DIPECAT SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA ATAS KECELUPARANNYA. Budaya Malaysia sebelum ini, cakap apapun, maki hamun Islam, Hina Raja-raja Melayu, hina bangsa Melayu tidak adapun tindakan apapun dikenakan, ASALKAN MINTA MAAF SAHAJA.

Jika YB Tajuddin Rahman sudah minta maaf kenapa pula beliau dipecat?

Adakah kerajaan mahu menunjukkan ketegasan? YB Tajuddin Rahman boleh dinasihat “secara peribadi” untuk meletakkan jawatan.

Begitu juga sebelum ini ada yang melakukan ‘damage‘ atau kerosakan yang lebih teruk kepada sistem pentadbiran negara atau jenayah moral yang sepatutnya dipecat atau didakwa. Namun tidak ada apa-apa tindakan dan pendakwaan.

4. Kalau hidup seiring dan seiya sekata dengan pihak yang berkuasa, mungkin ada masa untuk istighfar dan cukup dengan permohonan maaf.

5. Malaysia negaraku yang sekarang serba pelik dan berbagai tragedi berlaku satu lepas satu..

Lepas ini apa pula? 

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts