10 TUNTUTAN RAKYAT JIKA BERLAKU “TOTAL LOCKDOWN” – PUTRA

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Parti PUTRA Malaysia melalui Ketua Pergerakan Wira PUTRA Nasrul Ali Hasan Abdul Latif mendesak kerajaan melaksanakan 10 tuntutan sekiranya ura-ura kerajaan akan melaksanakan lockdown seperti PKP 1.0 dahulu dilaksanakan. 

Ini bagi memberi kelegaan terutamanya kepada rakyat dan peniaga-peniaga kecil yang bakal terjejas teruk berbanding syarikat-syarikat besar dan sektor perbankan yang masih mampu mengaut keuntungan walaupun lockdown dilaksanakan. 

Berikut merupakan 10 tuntutan  rakyat yang dicadangkan;

1. Bantuan Khas Pemangkin Pendapatan sebanyak RM2,000 secara one off

2. Pemotongan gaji Perdana Menteri, Ahli Kabinet dan elaun Ahli Parlimen dan dipulangkan bagi meringankan beban rakyat

3. Moratorium 12 bulan bagi semua jenis pinjaman kereta, rumah, peribadi dan lain-lain pinjaman tanpa ada caj terselindung

4. Diskaun penuh bil elektrik dan air sepanjang total lockdown

5. Memperluas program subsidi upah (elak pembuangan pekerja) kepada pekerja IKS yang tidak berdaftar di bawah PERKESO

6. Parlimen segera bersidang secara bersemuka atau atas talian untuk memberi tumpukan kepada pengurusan negara berkenaan penularan Covid-19

7. Mengetatkan penguatkuasaan bagi kesalahan pelanggaran SOP serta mengurangkan denda bagi kesalahan pertama kali kepada RM1,000

8. Percepatkan agihan vaksin terutamanya kepada negeri kategori Zon Merah dan imunisasi kelompok kritikal

9. Usaha “Satu gajet, satu pelajar” dengan jaringan internet pendidikan secara percuma

10. Pelepasan khas dan pengurangan cukai syarikat bagi tahun taksiran 2021

Melalui 10 tuntutan ini PUTRA mengharapkan gesaan ini dapat membantu meringan beban rakyat serta peniaga-peniaga kecil yang tidak dibenarkan bekerja dan membuka perniagaan sepanjang tempoh lockdown dilaksanakan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts