ALASAN SEBENAR KENAPA ISRAEL SETUJU DENGAN GENCATAN SENJATA

518
SHARES
3k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Alhamdulillah.

Israel akhirnya mengumumkan keputusan untuk melakukan gencatan senjata tanpa syarat di Gaza. Keputusan ini dibuat secara sebulat suara oleh kabinet Israel setelah dinasihati oleh agensi keselamatan mereka.

Walaupun mereka memberi alasan matlamat misi ketenteraan mereka telah tercapai, tetapi itu bohong saja sebenarnya.

Ada dua perkara yang sedang dialami oleh Israel. Pertama, tekanan ekonomi.

Pertumbuhan ekonomi Israel pada suku pertama 2021 adalah – 6.5 peratus. Akibat daripada serangan 4,000 roket Hamas yang sudah mencapai utara Israel, ekonomi mereka kehilangan USD61 juta sehari.

Kerugian ekonomi bagi tempoh seminggu pertama peperangan kali ini adalah hampir sekali ganda lebih besar daripada keseluruhan kesan ekonomi mereka dalam Perang 51 hari di Gaza pada 2014 – yang akhirnya memaksa tentera Israel berundur pada ketika itu.

Sebahagian penganalisis ekonomi sudah memberi amaran bahawa perang yang berlanjutan akan menyebabkan Israel terjerumus ke dalam krisis dan sasaran 5 peratus pertumbuhan tahun ini hanya akan menjadi angan-angan

Kedua, tekanan politik. Netanyahu sedang berada di dalam dilema. Serangan ke atas Gaza sebenarnya dibuat bagi memulihkan sokongan parti-parti politik untuk bersama dengan perti Likud membentuk kerajaan baru.

Namun kegagalan tentera Israel untuk merampas walau seinci bumi Gaza selepas perang hampir dua minggu ditambah dengan serangan bertali arus roket Hamas sehingga darurat terpaksa diisytiharkan telah menyebabkan populariti Netanyahu semakin merosot. 

Menambah parah, sekutu-sekutu rapat Netanyahu seperti parti New Hope dan Religious Zionism pula memberi amaran untuk tidak menyokong lagi parti Likud sekiranya Israel mahu meneruskan gencatan senjata tanpa syarat ini.

Pendek kata, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. 

Hayat politik Netanyahu hampir pasti sudah tamat dengan kegagalan kali ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts