SKANDAL PUSAT LATIHAN TVET KULAI ZAMAN KHALED?

137
SHARES
1.3k
VIEWS

Carian di Google mendapati sedikit keraguan dalam Pelaksanaan Pusat Latihan TVET di Kulai, Johor ketika Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besarnya.

Jika terbukti benar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat. Difahamkan laporan kepada SPRM juga telah dibuat namun belum dapat dipastikan apakah status terkini laporan tersebut.

SPRM wajar siasat Khaled

Ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi, seorang individu bernama Omar Shariff Mydeen kerap memperoleh geran untuk Latihan Kebolehpasaran Graduan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bernilai puluhan juta ringgit.

Setiap satu Program Latihan antara 6 juta hingga 7 juta ringgit diberikan bagi melatih 1000 graduan di bawah setiap fasa program Kebolehpasaran Graduan MyCareer, MyFuture (MCMF), yang dijalankan oleh syarikatnya My-Partners Sdn Bhd (MyPartners).

MyPartners diberi kepercayaan untuk melaksanakan 3 fasa Program MCMF yang melibatkan geran hampir 20 juta ringgit yang kemudiannya disambung melalui program bernama Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) dengan koloborasi bersama Talent Corporation Berhad (Talentcorp).

Individu yang sama memperoleh geran di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2008 dan terlibat dalam projek membangunkan dan operasi Pusat Latihan TVET di Kulai sejak 2013

Omar kemudiannya mengembangkan operasi syarikatnya di Johor ketika Khaled dilantik sebagai Menteri Besar dan sehingga kini individu yang sama masih menjalankan operasi di Pusat Latihan TVET di Kulai melalui syarikatnya Skills Johor Sdn Bhd serta melalui beberapa syarikat berlainan seperti I4G Intelliganz Sdn Bhd yang turut terlibat dalam pemilikan tanah serta syarikat  Intact Corporate Approach Sdn Bhd bagi membangunkan Pusat TVET tersebut.

Maklumat terperinci mengenai individu yang sama namun berada dalam pelbagai syarikat yang terlibat dalam membangunkan pusat TVET tersebut boleh ditemui dengan mudah hanya melalui carian di Google.

Selain monopoli, elemen rasuah juga kelihatan dalam urusan ini yang boleh disiasat oleh pihak yang berkaitan seperti SPRM ataupun oleh Jawatankuasa Pemerkasaan TVET yang dipengerusikan oleh YB Nurul Izzah Anwar kerana tidak mungkin hanya kebetulan individu yang sama memonopoli projek di KPT dan di Pusat Latihan TVET di Kulai.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend