PKP 3.0 TANDA KERAJAAN GAGAL

400
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

PKP 3.0 ini tanda kerajaan gagal. Bukan tanda kerajaan prihatin.

Diberi amaran banyak kali. Tutup penerbangan daripada India apabila mutasi covid berlaku di sana. Tidak ada tindakan. Sampailah hujung April baru disekat penerbangan daripada sana. 

Diberi amaran banyak kali. Naikkan tempoh kuarantin wajib. Tetapi kerajaan turunkan daripada 14 hari kepada 7 hari sahaja pada Disember lepas. Walhal diumum Covid-19 ini kadang-kadang hanya boleh dikesan pada hari ke 13. Akhirnya hujung April baru diumum kuarantin wajib dinaikkan semula kepada 14 hari.

Diberi ingatan banyak kali. Buat kuarantin ketat sebelum Ramadan. Ambil peluang kuasa darurat yang sangat besar untuk buat PKP seluruh negara.

Supaya apabila Ramadan, peniaga-peniaga kecil dapat bernafas semula. Kena ingat, industri pakaian hanya booming dua kali setahun. Hari Raya dan awal tahun persekolahan. Tetapi tidak buat. Malah dijanji pula tiada PKP seluruh negara.

Akhirnya bila hujung puasa, kita dikuarantin semula. Apa benda?

Diberi teguran banyak kali. Gunakan sumber kewangan yang ada supaya bekalan vaksin tidak terganggu. Percepatkan kelulusan jenis-jenis vaksin lain yang telah terbukti berjaya di negara luar.

Makin cepat kita divaksin, maka makin cepat negara ini mempunyai headstart berbanding negara lain dalam memperbaiki semula ekonomi. 

Tetapi bila ditegur, menterinya sibuk komen di wall Facebook pula. Konon kita masih on track. Akhirnya awal bulan ini, mengaku memang bekalan vaksin perlahan memasuki negara kita. 

Diberi peringatan banyak kali. Jangan benarkan rentas negeri ketika kes masih 3 angka pada akhir tahun lepas. Biarkan dahulu dengan pelancongan domestik. Cukuplah kerajaan gunakan sumber yang ada untuk subsidi operasi sektor ini.

Tetapi tak, dibuat juga. Benarkan juga. Akhirnya akhir Disember kes menjadi 4 angka.

Banyak yang ditegur. Banyak yang dinasihat. Banyak yang diperingat. 

Adakah masih lagi salah rakyat?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts