PDRM DIGESA SIASAT DAKWAAN WANITA DIROGOL SETELAH KELUAR DENGAN HILMAN IDHAM DAN RAKAN-RAKANNYA

447
SHARES
2.6k
VIEWS

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa segera menyiasat atas dakwaan seorang wanita dirogol setelah keluar dengan ADUN Gombak Setia dan rakan-rakannya. 

Gesaan ini dibuat oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor iaitu saudara Isham Jalil. 

PDRM perlu siasat dan ambil tindakan ke atas dakwaan rogol seorang wanita setelah keluar dengan ADUN Gombak Setia dan rakan-rakannya.”

Seorang wanita mendakwa dirogol pada Disember tahun lalu, dan menamakan dua kenalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham, dalam laporan polis dibuatnya berhubung kejadian itu.” 

Seorang daripada mereka ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN), manakala seorang lagi dikatakan sebagai kenalan lama Hilman, Malaysiakini melaporkan.” 

Berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa dijemput Hilman ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk meraikan ulang tahun kelahiran bersama kenalan rapatnya dan dua rakan wanita lain, pada Jumaat, 4 Disember 2020.”

Rujuk berita tersebut di pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/573883

Sebagai rekod sebelum ini juga tular sepucuk surat daripada Hilman Idham kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta maaf dan menafikan beliau terlibat dengan insiden tersebut, namun kemudiannya surat tersebut dinafikan oleh beliau.

Justeru perkara memalukan ini perlu disiasat segera kerana sebelum inipun parti Bersatu kerap terpalit dengan pelbagai isu dan skandal termasuk menteri-menteri dan wakil rakyat yang melompat ke parti tersebut dengan isu semburit, merogol amah, disiasat SPRM kerana rasuah serta kes pesta dadah.

Termasuklah yang terkini menteri-menteri dan pemimpin kerajaan dilihat kerap melanggar SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri namun rakyat pula dikenakan tindakan keras jika melanggar SOP, sehingga rakyat menganggap parti Bersatu ini ‘lubuk’ yang menempatkan pemimpin-pemimpin bermasalah. 

PDRM perlu segera bertindak, jangan sampai rakyat menganggap ketidakadilan berlaku di sebalik “undang-undang dua darjat” yang dilihat diamalkan di negara ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts