SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA TAN SRI HAMID BADOR – PUTRA

421
SHARES
2.5k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

2 Mei 2021 | 20 Ramadhan 1442H

1. Syabas dan terima kasih daripada kami PUTRA MALAYSIA kepada Tan Sri Abdul Hamid Bador kerana berani dan tegas mengeluarkan kenyataan tentang  rasuah melibatkan pemimpin politik yang semakin berleluasa di bawah rejim Perikatan Nasional (PN) dan campur tangan menteri dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai tinggi polis serta SPP yang kurang berfungsi tanpa pejabat.

2. Dakwaan ini, dikeluarkan di penghujung jawatan  beliau adalah kena dan tepat pada masanya. Mungkin sebelum ini sukar bagi beliau untuk mendedahnya secara terbuka kerana sebagai Ketua Polis Negara (KPN) amatlah tidak sesuai atas banyak sebab. Sebagai KPN beliau pandang serius, kerana ia telah mengesahkan tanggapan umum majoriti  rakyat,  bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) terpalit dengan jual beli ‘katak-katak’ politik untuk terus kekal berkuasa.

3. Pada pendapat PUTRA, pendedahan yang dilakukan oleh TS Hamid Bador ini belum terlewat dan yang penting ada pendedahan yang berani dan terus terang, kerana isu ini sebenarnya sudah membarah lama sebelum dan sejak beliau dilantik menjadi KPN. Pendedahannya menimbulkan berbagai reaksi, tohmahan dan sokongan rakyat yang tidak berkepentingan kecuali ingin kerajaan mengambil tindakan segera tanpa memilih bulu agar kredibiliti  dan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dipandang sinis dan dianggap, sebagai retorik picisan oleh rakyat jelata.

5. PUTRA juga menyeru, agar satu tindakan susulan yang tegas dan serius, atas segala dakwaan TS Hamid Bador, selaku Ketua Polis Negara (KPN) oleh pihak berkuasa, dilaksanakan segera, kerana ia melibatkan maruah dan nama baik, bukan sahaja PDRM, malah ia juga membabitkan ahli-ahli politik Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat.

6. Sekali lagi, PUTRA ingin menegaskan di sini bahawa PARLIMEN TETAP PERLU BERSIDANG agar isu keselamatan dan kelestarian politik negara ini dapat dibincangkan serta dibahaskan dalam keadaan yang kondusif. Ini juga termasuk bagi melaporkan penggunaan peruntukan tambahan yang telah diluluskan kerajaan baru-baru ini.

7. Perkara ini penting,  agar rakyat jelata, tidak terus merasa tertipu dengan segala slogan dan pengumuman demi pengumuman yang dilihat saban hari semata-mata untuk ‘survival’ politik pihak berkepentingan dalam kerajaan sekarang.

8. Sepanjang tempuh 2 tahun TS Hamid Bidor menjadi KPN banyak kejayaan PDRM di bawah kepimpinan dan tindakannya. Memerangi berbagai penyeludupan bersekala besar, melumpuh kartel dadah bernilai berbilion, skim judi atas talian yang bertidak menangkap berpuluh pegawai-pegawai polis haprak yang menerima rasuah dan anggota SPRM yang menjadi tali barut kepada penjenayah-penjenayah profesional dan terancang.

SYABAS DAN TAHNIAH. BELIAU BERSARA DENGAN REKOD BERSIH DAN CEMERLANG. Semoga aman sejahtera selepas persaraan dan RAKYAT YANG TIADA KEPENTINGAN SERTA PARTI PUTRA AMAT BERTERIMA KASIH DI ATAS KHIDMAT YANG CEMERLANG.

Sekian.

Oleh Ashraf Bin Rosli

Ketua Penerangan PUTRA Malaysiahttps://harakahdaily.net/index.php/2021/05/01/dewan-ulamak-pas-kritik-kenyataan-hamid-bador/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts