1.5 JUTA MENGUNJUNGI MASJIDIL HARAM DALAM 10 HARI PERTAMA RAMADAN

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Kira-kira 1.5 juta jemaah termasuk jemaah haji mengunjungi Masjidil Haram di Mekah dalam sepuluh hari pertama Ramadan. Sungguhpun begitu, kerajaan Arab Saudi tetap memastikan langkah-langkah ketat termasuk penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka dipatuhi untuk memastikan pengunjung masjid tersebut dapat beribadah dengan selesa dan selamat.

Pelbagai pelaksanaan dibuat khusus untuk memastikan keselesaan pengunjung merangkumi kawasan sekitar Kaabah yang diperuntukkan untuk jemaah umrah serta mewujudkan jalan khas untuk warga tua dan mereka yang kurang upaya.

Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci turut menumbangkan payung kepada pengunjung-pengunjung kerana suhu di Mekah dan Madinah ketika ini dijangka mencapai suhu tertinggi sehingga 38 darjah Celsius.

Semoga ibadah Haji bagi tahun ini juga dapat dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia. Sungguhpun terkesan namun ibadat kepada Allah SWT sewajarnya digandakan dan bukan dikurangkan In sha Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts