PAS SELANGOR SEDIA BERTANDING SEKURANG-KURANGNYA DI 7 PARLIMEN

370
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

1. Alhamdulillah, hari ini merupakan penutup Jelajah #Youth4Green (#Y4G) setelah dimulakan sekitar 2 bulan lepas, bermula di Parlimen Kapar dan berakhir di Parlimen Bangi.

2. Pemuda PAS Selangor meneliti segala persiapan dan persediaan dalam menjayakan program #Y4G di peringkat Parlimen yang telah ditentukan dan Pemuda PAS Selangor merasa teruja dengan segala perancangan yang telah berjalan ini.

3. Persiapan ini jelas menunjukkan jentera Dewan Pemuda PAS yang terlibat benar-benar telah bersedia apabila perincian jentera mencapai melebihi 70 peratus persiapan PRU-15. Keputusan ini adalah lonjakan penting untuk memastikan semua Parlimen sasaran ini adalah sasaran yang realiti, bukan hanya omongan kosong!

4. Dengan ini, Pemuda PAS menegaskan bahawa PEMUDA PAS SELANGOR bersedia sepenuhnya untuk memenangkan sekurang-kurangnya 7 Parlimen ini untuk PRU-15.

1. Kapar P109

2. Shah Alam P108

3. Sg Buloh P107

4. Kuala Selangor P096

5. Hulu Langat P101

6. Kuala Langat P112

7. Bangi P102

Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts