PUAD ZARKASHI: TUN MAHATHIR SEBENARNYA TAKUTKAN NAJIB

421
SHARES
2.5k
VIEWS

Tun Mahathir masih menzahirkan kemarahannya terhadap bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara melampau dan tidak berhabisan menggelarkannya sebagai ‘penyangak’. Beliau juga dipetik berkata kononnya sedia kerjasama dengan Perikatan Nasional di PRU ke-15 asalkan tidak ada penyangak. 

Menurut Datuk Zaid Ibrahim mengenai sikap Tun Mahathir sebelum ini, beliau menyifatkan, “kemarahan dan kebencian Mahathir terhadap Najib adalah total dan tidak kehabisan.”

Menurutnya, kemarahan Mahathir terhadap Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB kerana Mahathir tidak pernah menghukum sesiapapun termasuk dirinya sendiri kerana skandal kewangan.

Menurut Zaid, kebencian dan kemarahan Mahathir terhadap Najib berpunca apabila Ahli Parlimen Pekan itu mahu menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang agak bebas daripada arahan dan telunjuknya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pula secara sarkastik berkata, “Dia dakwa seluruh rakyat Malaysia tahu susuk tubuh ‘penyangak’ yang dimaksudkannya. Semua orang tahu dia tuju kepada Najib.” 

Sebenarnya Tun Mahathir amat takut dengan Najib. Najib adalah penghalang utama agenda besar beliau untuk naikkan Mukriz sebagai Perdana Menteri.” 

Menurut Puad, paling merisaukan Tun Mahathir ialah apabila dalam semua survey populariti, Najib tetap nombor menjadi pilihan pertama. Manakala anaknya sendiri Mukhriz langsung tidak disenaraikan. Bahkan beliau sendiri berada dalam senarai terbawah.

Untuk pengetahuan Tun Mahathir, dia tidak perlu bimbang susuk tubuh Najib ada dalam PN. UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM di PRU ke-15. Itu keputusan MKT. Bahkan UMNO juga buat keputusan di PAU 2020 iaitu UMNO akan keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Puad juga amat mengalu-alukan jika Tun Mahathir mahu menyertai PPBM dan menyertai Perikatan Nasional kerana menurutnya rakyat sudah kenal siapa Tun Mahathir. Di mana saja Tun Mahathir ada, akan muncul pelbagai masalah kronik.

Tetapi baguslah kalau Perikatan Nasional terima Tun Mahathir balik. Hamzah Zainudinpun cakap PN sedia terima sesiapapun termasuk Tun Mahathir. Sekarang ini PN akan terima siapa sahaja ‘kaki lompat’.” 

Lagi cepat dia masuk PN, lagi cepat PN masuk kubur. Itu yang berlaku kepada PH. Susuk tubuh penyangak politik lagi bahaya.”

Hakikatnya rakyat sudah muak dan menolak sepenuhnya Tun Mahathir dan Bersatu. Jika dahulu mereka ditolak kerana mengkhianati parti sendiri dan menyertai Pakatan Harapan, kini setelah mempergunakan kebodohan Pakatan Harapan yang kemudiannya turut dikhianati setelah berjaya menjadi kerajaan, maka siapa lagi yang akan menyokong mereka?

Bersatu mungkin masih boleh mendabik dada kerana mereka mempunyai sokongan segelintir pemimpin-pemimpin PAS tetapi dengan penolakan penyokong-penyokong dan akar umbi PAS terutamanya di luar bandar, tentu dengan penyertaan Tun Mahathir ini akan mempercepatkan keretakan.

Malah akan membuatkan pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong bersungguh-sungguh Perikatan Nasional ketika ini berada dalam keadaan serba salah. Lainlah kalau mereka sendiripun sebenarnya tidak kisah, asalkan jawatan menteri dan penasihat timur tengah dengan gaji berpuluh ribu tetap dikekalkan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts