UNTUNG RUGI UMNO DAN BERSATU TIDAK BERSAMA DI PRU-15

413
SHARES
2.4k
VIEWS

Persoalan ini sebenarnya perlu ditanya kepada Bersatu, apa untung ruginya jika mereka tidak bersama dengan UMNO di PRU-15 dan bukan sebaliknya. Tetapi naratif kurang cerdik ini dimainkan oleh sebuah parti kecil Bersatu kononnya UMNO akan rugi jika tidak bersama mereka di PRU-15 kelak kerana PAS telah bersama mereka dalam Perikatan Nasional.

UMNO jelas parti lebih besar walaupun tidak menjadi parti yang memerintah tetapi asas matematik mengatakan 3 juta adalah lebih besar daripada 300 ribu – iaitu jumlah yang dianggarkan bagi ahli parti tersebut. Malah jika ditambah jumlah ahli-ahli PAS yang tidakpun sampai separuh daripada ahli-ahli UMNO sudah cukup untuk menyelesaikan masalah matematik mudah ini.

PAS sendiri sebuah parti politik yang berdaftar dan tentunya mereka juga memikirkan untung rugi jika bertembung dengan UMNO. PAS tentu tidak takut jika bertembung dengan Bersatu atau parti lain tetapi jika bertembung dengan UMNO mereka juga tahu belum tentu akan menang walaupun dibantu oleh penyokong-penyokong Bersatu yang tiada akar umbi dan jumlah ahli-ahlinya yang sebenar masih diragui sehingga kini.

Ditambah dengan imej dan kredibiliti PAS yang teruk merudum ketika ini kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional, turut terbeban dengan yang isu-isu rakyat terutamanya isu yang terkait umat Islam seperti Tabung Haji dan pembunuhan arwah Adib yang masih tidak ketahuan – mengundang keraguan umat Islam di negara ini termasuklah ahli-ahli PAS sendiri. 

PAS tentu tidak mahu kerusi dimenangi bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang dimusuhi mereka terus berjaya mengekalkan kerusi di PRU-15 kelak. Jika tanpa bantuan UMNO, PAS tidak mungkin mampu mengalahkan mereka dan ini menambah luka di dada dan mengundang kecaman ahli-ahli sendiri. Silap haribulan kerusi PAS yang lain juga akan terlepas kepada Pakatan Harapan jika berterusan mengharapkan Bersatu membantu mereka.

Di sudut UMNO pula tentu masih ada untung rugi dalam mencatur politik mereka kerana inilah politik, segala-galanya tidak menentu namun di sinilah terletaknya ‘keseronokan’ dan ‘thrill‘ dalam berpolitik. Namun keuntungan UMNO pasti mengatasi kerugian Bersatu jika tidak bersama UMNO kerana semua kerusi lompat Bersatu pasti akan tumbang kelak termasuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali serta kumpulan masing-masing yang kini banyak menyandang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional. 

Perlu dingat, yang melompat hanyalah Ahli Parlimen dan ADUN, tetapi bukan pengundi-pengundi mereka. Inilah kerugian yang bakal dihadapi Perikatan Nasional dan inilah punca ketakutan Bersatu sehingga memainkan naratif kurang cerdik UMNO akan rugi jika tidak bersama mereka di PRU-15.

Kononnya menggunakan ‘reverse psychology‘ tetapi hanya yang kurang cerdik akan percaya. Rakyat atas pagar terutamanya anak-anak muda yang menyesal mengundi Pakatan Harapan sebelum ini pasti tidak akan mengundi mereka yang melompat kerana bagi mereka perkara ini jauh lebih menyakitkan berbanding kebodohan Pakatan Harapan memerintah,  kerana segala-galanya yang mereka harapkan di-undo oleh Perikatan Nasional tetap tidak dilakukan. 

Paling terukpun UMNO tetap akan menjadi ‘King Maker‘ kerana baik Perikatan Nasional ataupun Pakatan Harapan kelak pasti tidak akan menjadi kerajaan tanpa dibantu oleh UMNO dan jika antara kedua-duanya mempunyai jumlah kerusi lebih rendah, UMNO tentu telah bersedia dengan langkah strategiknya membentuk kerajaan dengan rakan lain yang lebih ikhlas. 

Ketika ini yang takut kehilangan jawatan Perdana Menteri bukanlah UMNO tetapi Bersatu dan Perikatan Nasional maka UMNO masih boleh tersenyum di PRU-15 kelak walaupun terpaksa bertanding tiga penjuru. Melainkan Perikatan Nasional kemudiannya bergabung dengan Pakatan Harapan kembali dan mungkin membantuk kerajaan dengan nama Perikatan Harapan ataupun Pakatan Nasional, tetapi ketika itu PAS hendak berada bersama siapa? Ketika itu semua akan memikirkan untung rugi dalam politik masing-masing tidak kira apapun perjuangannya dan tidak mustahil dalil baru akan dikeluarkan. 

Kalah menang UMNO dan sama ada menjadi pemerintah atau tidak selepas PRU-15 kelak bukan lagi ukuran, selagi mereka ikhlas memperjuangkan rakyat maka selagi itulah UMNO akan kekal relevan.

Justeru ketika ini kata-kata Timbalan Menteri merangkap Ketua Armada Bersatu iaitu Wan Ahmad Fayhsal terlihat cerdik sedikit iaitu, “Kalau tidak kerjasama, kita semua rugi” berbanding kenyataan Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO lah yang akan rugi jika tidak bersama Bersatu. 

Hakikatnya UMNO akan tetap rugi, tetapi yang paling rugi pastinya Bersatu. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts