• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, April 4, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

“SIAPA GERTAK SIAPA?”, PUAD SINDIR ROSOL WAHID

Rosol hanya 'berlagak' berani kerana hakikatnya beliau tahu akan kehilangan kerusi sendiri di Hulu Terengganu

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
March 31, 2021
in Ulasan, Utama
0
“SIAPA GERTAK SIAPA?”, PUAD SINDIR ROSOL WAHID
24
SHARES
262
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertanyakan kepada salah seorang Ahli Parlimen daripada “Kluster Katak” atau Kluster Lompat iaitu Datuk Rosol Wahid yang membuat kenyataan kononnya jika Menteri-menteri UMNO hendak keluar daripada kabinet Perikatan Nasional maka keluar sahaja dan tidak perlu menggertak kerajaan. 

Rosol yang juga Timbalan Menteri KPDNHEP membuat kenyataan tersebut kerana dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang baru berakhir, UMNO bertegas dengan ketetapan dan perjanjian mereka sebelum ini iaitu sokongan kepada kerajaan hanyalah sehingga pembubaran Parlimen dan tidak akan bekerjasama di PRU-15. 

“YB Rosol Wahid kata, “Kalau nak keluar, keluarlah. Jangan gertak”. Ya, UMNO akan keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional. Tiada yang tersembunyi kerana sudah putus di PAU UMNO 2020. Tetapi UMNO tidak pernah menggertak dan mengugut PPBM untuk keluar daripada kerajaan PN.“

Puad juga menyindir bahawa Bersatu merupakan parti yang tidak boleh digertak atau diugut kerana selama ini mereka bersikap diktator, tidak mengamalkan musyawarah dan konsensus serta tiada kejujuran dalam berpolitik. 

“UMNO pun tahu PPBM adalah parti yang tidak boleh digertak dan diugut. PPBM adalah parti diktator dalam bergabung. Parti yang tidak mengamalkan musyawarah dan konsensus. Kejujuran politik jauh sekali.” 

Sebaliknya menurut Puad, parti Bersatulah yang kuat mengugut, menggertak atau membeli Ahli-ahli Parlimen lain. Mereka juga dituduh menggunakan LHDN serta SPRM untuk menekan Ahli-ahli Parlimen untuk melompat parti.

“Setiausaha Agung PKR dakwa ahli Parlimen PKR melompat parti kerana ditekan oleh LHDN dan SPRM. MB Pahang turut mendedahkan di PAU UMNO, terdapat usaha untuk membeli dan memujuk Ahli Parlimen Cameron Highlands supaya lompat parti.” 

Apa yang Rosol mungkin tidak faham ialah maksud menggertak ini iaitu apabila diletakkan syarat “jika kerajaan tidak buat begini, maka kami akan lakukan sesuatu”. Sebagai contoh, sekiranya UMNO meletakkan syarat inginkan jawatan Perdana Menteri selepas PAU 2020 dan jika tidak dipenuhi maka sokongan akan ditarik semula.

“Justeru tidak timbul UMNO meletak syarat untuk keluar daripada Kerajaan PN. Presiden UMNO tegaskan di PAU UMNO 2020, UMNO tidak akan meminta dan menerima jawatan TPM. UMNO letak noktah kepada isu tersebut.“

“Kenapa YB Rosol masuk ‘kluster katak’? Kerana jawatan atau peruntukan? Jangan lupa YB, Hulu Terengganu kerusi UMNO. Pulangkan. Bukan gertak ye!“

Sebagai rekod, selepas Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, parti UMNO meletakkan syarat bahawa sokongan UMNO untuk pembentukan Perikatan Nasional bukanlah secara en bloc sebaliknya merupakan sokongan Ahli-ahli Parlimen mereka hanya sehingga Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum. UMNO juga tidak pernah berjanji untuk menyertai Perikatan Nasional atau bekerjasama dalam PRU-15. Sebaliknya UMNO mendedahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasionallah yang tidak menunaikan janji untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada awal tahun ini.

Rujuk pautan;

https://utusantv.com/2021/03/28/zahid-pn/

Justeru Rosol yang takutkan kerusi sendiri hilang di Hulu Terengganu kerana telah melompat parti, terpaksa membuat kenyataan “acah-acah berani” tersebut kerana beliau tahu jika Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat, tiada siapa yang akan mengundi Ahli-ahli Parlimen daripada Kluster Katak seperti beliau.

Tags: Kluster LompatPuad ZarkashiRosol WahidUMNO
Previous Post

KENYATAAN AFIF ‘MAKAN DIRI’ DAN HANYA MEMALUKAN AZMIN

Next Post

PAS WAJAR NASIHAT KERAJAAN AGAR WALA’, TAAT TITAH YDP AGONG ADAKAN SIDANG PARLIMEN KETIKA DARURAT

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

JANGAN MEMBISU APABILA KERAJAAN BUAT KEPUTUSAN TIDAK MASUK AKAL

JANGAN MEMBISU APABILA KERAJAAN BUAT KEPUTUSAN TIDAK MASUK AKAL

April 1, 2021
PENDIRIAN UMNO-BN KEKAL “NO DAP”

PENDIRIAN UMNO-BN KEKAL “NO DAP”

March 31, 2021
ASTRO AWANI TERSALAH LAPOR, MOHON MAAF KEPADA ZAHID

ASTRO AWANI TERSALAH LAPOR, MOHON MAAF KEPADA ZAHID

March 31, 2021
UMNO TOLAK PPBM: DAP DAN PKR YANG UNTUNG?

UMNO TOLAK PPBM: DAP DAN PKR YANG UNTUNG?

March 29, 2021
SENIORITI DAN JAWATAN BUKAN UKURAN KESETIAAN, PUAD SINDIR ANNUAR

SENIORITI DAN JAWATAN BUKAN UKURAN KESETIAAN, PUAD SINDIR ANNUAR

March 29, 2021
TIADA KERJASAMA DENGAN BERSATU KETIKA PRU-15, TARIK DIRI DARIPADA KERAJAAN BILA-BILA MASA – ISHAM JALIL

TIADA KERJASAMA DENGAN BERSATU KETIKA PRU-15, TARIK DIRI DARIPADA KERAJAAN BILA-BILA MASA – ISHAM JALIL

March 29, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In