DI BAHAGIAN MANA KETUA PEMUDA UMNO MENGHINA PAS?

445
SHARES
2.6k
VIEWS

Saya telah dengar keseluruhan ucapan dan membaca berkali-kali softcopy teks Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan menghina PAS. 

Maaflah. Saya tidak jumpa satupun perkataan yang boleh dikatakan menghina kawan atau tetamu. Mengkritik PPBM, PN dan pengkhianatan dalaman UMNO sendiri ya. Itu banyak. 

Nama PAS hanya disebut sekali sahaja pada penghujung ucapan (Point 87). Itu pun dalam struktur penghargaan muafakat antara dua parti. Sehingga disebut, jagalah ikatan antara UMNO dan PAS. Jangan sampai dirosakkan oleh pihak ketiga. Dah betullah tu. Itulah yang kami semua duk ulang daripada dahulu.

Sebab hendak menyatukan umat ini, akarnya mesti datang daripada dua parti ini. Tidak boleh daripada salah satu sahaja. 

Kalau dikatakan perli itu adalah dengan mengatakan PAS memilih untuk ‘bermadu’, bukankah ayat selepas itu disebut bahawa “kami reda dengan pilihan itu walau terluka”.

Tidak usah kata UMNO, sayapun kecewa sebab dari awal saya sebut Muafakat Nasional adalah masa depan Malaysia. Bukan BN, bukan PN, bukan PH. Tetapi Muafakat Nasional (MN).

Kerana MN ini menepati konsep Al Asabiyah Al Ghalibah (dominasi bangsa majoriti) yang dipopularkan Ibnu Khaldun sebagai penyelesaian kepimpinan negara yang berbilang kaum. 

Yang kisah Perang Siffin (Point 21) pula, kononnya dikatakan tanda Dr Asyraf tuduh PAS ini khawarij. Eh, takkan tidak belajar sejarah Islam?

Perang Siffin ini berlaku kerana masalah dalaman. Wujudnya pengkhianat yang bermain retorik bagi merosakkan jemaah. Sampai akhirnya tentera Ali berpecah dua.

Jelas ini adalah serangan terbuka kepada sebahagian pemimpin UMNO. Terutama yang suka melaungkan penyatuan ummah bagi memaksa parti mereka untuk menerima dan menyerahkan kerusi lompat kepada PPBM.

Sebab itu sebelum kisah Perang itu disebut, KP UMNO mengkritik sebahagian ‘warga parti’ yang lupa diri bila dapat kuasa (Point 18).

Segelintir sahabat PAS saya nak terasa buat apa? Masalah dalaman parti orang kan tu? Dia hendak bergaduh sampai terbalik kapal biar kat dialah. Yang orang kapal lain terasa lemas ini pasal apa?

Kalau kritikan atas kegagalan kerajaan PN itu dikatakan serangan ke atas Ketua Pemuda PAS sebagai tetamu, saya hendak ingatkan KP PAS adalah Senator. Bukan Menteri. Dia tidak terbabit secara langsung dalam apa-apa polisi kementerian.

Yang patut terasa adalah menteri-menteri UMNO seperti DS Shamsul Anuar dan DS Abd Rahman yang ada di atas pentas pada ketika itu. Bukan PAS. 

Malahan, dalam banyak-banyak kritikan ke atas kerajaan, terselit satu pujian di atas kesenangan peneroka yang menikmati harga sawit yang tinggi (3 kali ganda berbanding zaman PH). 

Menteri yang bertanggungjawab kepada komoditi ini bukankah Dr Khairuddin Takiri, Ahli Parlimen PAS sendiri?

Bukankah ini puji?

Bagi saya, tindakan KP UMNO cuba detach parti dia daripada kerajaan adalah betul. UMNO bukan lagi parti yang menguasai kerajaan. Polisi kerajaan tidak lagi ditentukan oleh parti mereka. Jadi buat apa parti UMNO ini dijadikan kambing hitam apabila berlaku masalah?

Benda inipun saya dah sebut banyak kali. Kebodohan Jemin dalam menguruskan pelaburan dan ekonomi akan dibayar oleh UMNO dan PAS. Both of you will be guilty by association selagi mana anda semua bersekutu dengan mereka. 

Jadi kat mana sebenarnya ucapan KP UMNO balun KP PAS? Tidak adapun.

Sebab itu selepas hampir 24 jam ucapan KP UMNO ini dituturkan, tidak ada seorangpun hatta ahli akademik pro PN boleh pinpoint pada ayat mana sebenarnya beliau balun rakan sekutu. 

Saya hendak pesan. Jangan sensitif sangat terutama bab sirah. Sirah ini kita guna sebagai istiknas. Supaya hati kita menjadi jinak pada agama. Kalau kita tiba-tiba terasa sirah itu dituju kepada kita, maknanya kitalah yang tidak kena. Bukannya mereka. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts