• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, April 4, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

UMNO KEMBALI MENERAJUI KERAJAAN – REALITI ATAU FANTASI?

Lokman Adam yakin 1000 peratus UMNO akan kembali menerajui negara

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
March 27, 2021
in Laporan, Utama
0
UMNO KEMBALI MENERAJUI KERAJAAN – REALITI ATAU FANTASI?
26
SHARES
285
VIEWS

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam ketika ditanya menjawab sebegitu yakin bahawa UMNO akan kembali menerajui negara kerana menurutnya rakyat sudah sedar akan fitnah yang dijadikan senjata dan kerap dilontarkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

Beliau yakin “1000 peratus” bahawa UMNO akan kembali memerintah kerana rakyat sudah boleh menilai antara pemerintahan UMNO – Barisan Nasional dan Pakatan Harapan serta Perikatan Nasional yang menurutnya turut menyusahkan rakyat.

Lokman berkata beliau sebegitu yakin kerana ketika di bawah Barisan Nasional terutamanya di zaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, banyak perkara diberikan kepada rakyat namun malangnya telah dihentikan di zaman Pakatan Harapan. Malah beliau menyindir individu yang dituduh merompak inilah yang sebenarnya banyak memberikan bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan B20.

“Najib dituduh perompak, penyamun, tetapi yang dituduh merompak inilah yang prihatin dan memberikan banyak bantuan kepada rakyatnya.”

“Rakyat sudah sedar, hanya dalam 22 bulan Pakatan Harapan memerintah ekonomi telah dirosakkan, hubungan diplomatik pula ‘jahanam’ malah ketika di bawah Perikatan Nasional hendak cari makanpun susah.“

Lokman menambah, dengan prestasi UMNO selama ini, rakyat tentunya boleh menilai siapakah selama ini kerajaan mana yang bekerja keras untuk memastikan rakyatnya terbela malah rakyat juga telah sedar akan fitnah-fitnah yang selama ini digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Menurutnya rakyat berulang kaum di negara ini telah bersedia untuk memilih Barisan Nasional.

Selain itu Lokman juga berharap Majlis Tertinggi UMNO akan terbuka hatinya selepas Persidangan Agung UMNO 2020 untuk menerimanya kembali yang menurutnya sudah tujuh kali membuat rayuan untuk diterima kembali sebagai ahli UMNO.

Sebagai rekod, Lokman sebelum ini lantang mengkritik tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang berunding dan membuat tindakan membelakangkan dan merugikan UMNO termasuk bersama pasukan Datuk Seri Azmin Ali. Beliau telah menuntut supaya individu tersebut dikenakan tindakan tegas oleh UMNO tetapi sebaliknya beliau pula telah dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Tertinggi dan juga parti UMNO sendiri kerana mengkritik Presiden berhubung isu ini.

Tetapi UMNO mungkin boleh melantik kembali Lokman kerana ada beberapa pihak dalam UMNO yang kini pro Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional takut dan gusar sekiranya Lokman dilantik kembali sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka tahu Lokman akan mengambil peluang mengkritik habis-habisan tindakan dan strategi mereka tanpa berselindung, dengan mendedahkan identiti serta menjelaskan apa jenis tindakan yang memudaratkan dan ingin melemahkan UMNO tersebut.

Justeru UMNO wajar memanfaatkan peluang ini walaupun Lokman ‘keras’ dengan sesetengah pendiriannya tetapi jika dengan kemasukan Lokman ini boleh menguatkan dan mengukuhkan parti maka apa salahnya?

Apatah lagi negara akan menghadapi PRU-15 yang dijangka akan dilakukan tidak lama lagi iaitu pada bulan Ogos, seperti yang dirancangkan oleh Perikatan Nasional bagi mengelakkan Undi-18. 

Tags: Lokman Noor AdamPerikatan NasionalUMNOUndi-18
Previous Post

PERKASA KECEWA MAHKAMAH SYARIAH TOLAK PERMOHONAN MENJADI PEMERHATI

Next Post

APA MOHAMMAD HASSAN KATA TENTANG MUSUH DALAM UMNO?

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

TUGAS BERAT PAS MENJAGA “PASANGAN KAYA DAN BERPENGARUH” SERTA “ANAK-ANAK ANGKAT” YANG BERMASALAH

TUGAS BERAT PAS MENJAGA “PASANGAN KAYA DAN BERPENGARUH” SERTA “ANAK-ANAK ANGKAT” YANG BERMASALAH

April 4, 2021
PERIKATAN NASIONAL HANYA UNTUK KEKALKAN MUHYIDDIN DAN SELAMATKAN AZMIN

PERIKATAN NASIONAL HANYA UNTUK KEKALKAN MUHYIDDIN DAN SELAMATKAN AZMIN

April 4, 2021
PAS TOLAK MUAFAKAT NASIONAL? PERSOALAN-PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB HAJI HADI DAN PAS

PAS TOLAK MUAFAKAT NASIONAL? PERSOALAN-PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB HAJI HADI DAN PAS

April 2, 2021
JANGAN MEMBISU APABILA KERAJAAN BUAT KEPUTUSAN TIDAK MASUK AKAL

JANGAN MEMBISU APABILA KERAJAAN BUAT KEPUTUSAN TIDAK MASUK AKAL

April 1, 2021
PENDIRIAN UMNO-BN KEKAL “NO DAP”

PENDIRIAN UMNO-BN KEKAL “NO DAP”

March 31, 2021
ASTRO AWANI TERSALAH LAPOR, MOHON MAAF KEPADA ZAHID

ASTRO AWANI TERSALAH LAPOR, MOHON MAAF KEPADA ZAHID

March 31, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In