LARANGAN ‘RENTAS POLITIK’, MAHU UMNO KEMBALI MEMERINTAH NEGARA

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyambut baik saranan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Bin Haji Hasan atau Tok Mat mengenai “larangan rentas politik”. 

Di perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, Timbalan Presiden mengutarakan “Larangan Rentas Politik”. Tepat dan menarik cadangan Tok Mat ini. Ia sesuai dengan matlamat ‘darurat’ dan ‘penggantungan Parlimen’ iaitu ‘kurangkan politiking‘.”

Menurut beliau ketika ini hanya rentas daerah dan negeri serta sempadan dilarang tetapi sebaliknya” rentas politik” tidak pula dihalang sedangkan ia mengakibatkan berlakunya krisis politik yang tidak berkesudahan. 

Malangnya rentas daerah, rentas negeri dan rentas sempadan sahaja dihalang ketat. Tetapi rentas politik dibuka seluasnya sehingga memudaratkan krisis politik negara.” 

Inilah double standard mereka. Hentikan perbuatan melelong Ahli Parlimen. Timbalan Presiden tanpa berselindung mahu UMNO dikembalikan memerintah negara.” 

Selain menegaskan kembali apa yang telah diutarakan oleh Tok Mat yang mahu UMNO kembali memerintah, beliau juga berkata walaupun UMNO dalam kerajaan namun suara dan peranan mereka dipinggirkan.

Pada beliau (Tok Mat) Kerajaan Perikatan Nasional gagal membuktikan kecekapan mentadbir negara. Walaupun UMNO di dalamnya tetapi UMNO dipinggir. Justeru, UMNO perlu menjuarai “pembaikan politik” atau “political correctness.

Sebagai rekod, Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung dua hari bermula hari ini sehingga esok bakal menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan iaitu kumpulan akar umbi yang bersama Presiden menolak kerjasama Bersatu pada PRU-15 serta segelintir pemimpin UMNO yang mulai lunak dan mengikut nada Bersatu serta Perikatan Nasional.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts