AZMIN LEBIH BERKUASA DARIPADA MUHYIDDIN?

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Datuk Seri Azmin Ali rela mengorbankan jawatan Timbalan Presiden PKR demi mengejar jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Perikatan Nasional dengan bertindak keluar parti dan menjadi perintis kepada Perikatan Nasional. Walaupun terpalit isu semburit yang masih didiamkan sehingga kini tetapi ia tidak menjelaskan fokus beliau yang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Walaupun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhelah dengan tidak melantik Azmin terus ke jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan melantiknya sebagai Menteri Kanan ‘paling kanan’ terlebih dahulu, kerana bimbangkan bukan sahaja penolakan daripada UMNO tetapi khuatir PAS sendiri akan terus menolaknya mentah-mentah. Sebagai rekod, Azmin akan mempengerusikan kabinet jika Muhyiddin tiada dalam negara menjadi bukti Azmin sebenarnya merupakan Timbalan Perdana Menteri de facto ketika ini. 

Kenyataan terkini beliau yang secara tidak langsung menyanggah kenyataan Muhyiddin sendiri mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan sebaik sahaja darurat ditamatkan sama ada pada bulan Ogos atau lebih awal, menunjukkan Azmin berani menunjukkan ‘kuasa’ beliau secara terang-terangan. 

Kenyataan ini bukan sahaja dilihat angkuh malah boleh mengecilkan hati ahli-ahli dan pemimpin Bersatu sendiri terutamanya ‘kumpulan asal’ yang bukan berasal daripada Kluster Lompat. Kenyataan Azmin yang selalunya tidak menepati kehendak kerajaan dan sering menyusahkan pasukan Muhyiddin dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) seperti ini sewajarnya tidak dikeluarkan untuk tidak mengecilkan hati Muhyiddin dan kumpulan asalnya. 

Azmin perlu sedar diri, beliau dan Kluster Lompat PKR-nya sama sahaja seperti kumpulan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Kluster Lompat UMNO yang dengan mudah boleh dibenamkan oleh Muhyiddin ketika PRU-15 kelak kerana kerusi masing-masing masih seperti telur di hujung tanduk, yang memerlukan ihsan UMNO sepenuhnya. Jika tersilap langkah dan tanpa bantuan Muhyiddin merundingkan sesuatu dengan segera tentu kumpulan Azmin dan Hamzah ini tidak akan ke mana-mana kerana telahpun ditolak pengundi-pengundi lama yang dikhianati.

Jangan Azmin pula tersungkur selepas ini seperti bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenakan tuduhan liwat, jika beliau tidak ‘menjaga kata’ dan berhati-hati agar tidak lagi menyinggung Muhyiddin dan kumpulannya. Jika tersilap langkah lagi (dan ini bukan kali yang pertama) dengan menimbulkan kemarahan kem Muhyiddin seperti dalam isu J-Kom, nasib Azmin mungkin berakhir seperti Anwar. Cuma kali ini lebih mudah kerana video semburit beliau mempunyai pengakuan bersumpah beserta bukti dan saksi, malah telahpun disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, cuma menunggu masa untuk dakwaan dikenakan.

Jika banyak pihak merasakan Muhyiddin menambah sokongan menggunakan cara penyogokan politik melalui rancangan “scheme of thing” dan dengan cara ugutan seperti yang didakwa sesetengah pihak ke atas isu rasuah melibatkan Ahli Parlimen PKR Datuk Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam, sebenarnya Azmin terlebih dahulu telah ‘dipegang’. Jangan lupa mentor Muhyiddin adalah Tun Mahathir yang merupakan tokoh belakang tabir dan ‘arkitek’ Langkah Sheraton. 

Azmin tidak boleh rasa selamat dan besar kepala kerana isu semburit akan menghantuinya sampai bila-bila dan jangan bermimpi ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri apatah lagi Perdana Menteri kerana PAS juga sudah pasti tidak akan menyetujuinya walaupun sama-sama berada dalam Perikatan Nasional. Melainkan ada cara untuk ‘menghalalkan’ isu semburit seperti mana melompat parti telahpun dihalalkan.

Justeru selagi semburit belum ‘dihalalkan’, Azmin perlu belajar ‘menunduk’ sedikit agar tidak dilihat melebihi dan menyanggah Perdana Menteri lagi kerana jika kelak Muhyiddin marah, kesannya tentu tidak mampu ditanggung dan Azmin. Ketika itu tiada parti yang mahu menerimanya lagi, tentu tiada lagi mufti yang akan bersolidariti.

Berhati-hatilah Azmin, jangan sampai diketawakan lagi. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts