“IT’S THE ECONOMY, STUPID” – SINDIR SHAHRIR SAMAD

391
SHARES
2.3k
VIEWS

Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoal kemampuan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun sudah setahun mengemudi negara kerana tidak mempunyai hala tuju yang jelas serta dilihat tidak jauh berbeza dengan pemerintahan Pakatan Harapan. 

It’s the economy, Stupid! pernah menjadi slogan popular kempen pilihan raya Amerika Syarikat satu masa dulu.” 

Setelah sudah setahun PN mengambilalih dari PH menimbulkan berbagai tanda tanya terhadap kemampuan TS Muhyiddin dan jemaah menterinya untuk membawa peningkatan kepada ekonomi negara.” 

TS Muhyiddin tidak banyak membetulkan kelojohan PH. Umpamanya, pemulihan Tabung Haji masih lagi ikut perancangan PH. Begitu juga bagi Felda. Penjualan aset ekonomi strategik juga diteruskan tanpa sebarang ‘second look’ atau ulangkaji.”

Menurut Shahrir, kerajaan ketika ini dilihat masih tidak berjaya memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur dalam dan luar negara kerana perancangan dan halatuju ekonomi masih di bawah pengaruh Azmin Ali dan masih tidak berubah walaupun tampuk pemerintahan negara itu sendiri telahpun bertukar. 

Semasa PH dulu, iaitu ketika Lim Guan Eng dan juak-juaknya menguasai MoF dan Azmin Ali pula menerajui perancangan ekonomi, keyakinan pelabur tempatan dan asing juga terancam.” 

Kini, Azmin Ali masih menguasai halatuju ekonomi kerana Mustapha Mohamed dan Tengku Zafrul tidak mempunyai kekuatan untuk mengatasi pengaruh politik Azmin.” 

Jadi, apa yang sudah berubah setelah PN mengambil alih? Masih tepat lagi, slogan politik: “It’s the economy, Stupid!

Justeru adalah lebih baik Perdana Menteri memikirkan solusi yang yang lebih baik kerana jelas tidak sesuai dan berisiko apabila meletakkan Azmin di portfolio yang bertanggungjawab dan mempunyai kaitan dengan ekonomi negara yang semakin teruk akhir-akhir ini.

Apatah lagi apabila Azmin sendiri kerap dikecam apabila sering mengeluarkan kenyataan kurang cerdik bahawa kononnya negara tidak terjejas dengan Covid-19 dan hanya memilih pelabur berkualiti untuk melabur di negara ini – yang hanya membuktikan kedangkalan dan ketidakpekaan beliau terhadap ekonomi negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts