MUNGKIN PARLIMEN BOLEH BERSIDANG DI STADIUM – ISHAM JALIL

347
SHARES
2k
VIEWS

Nampaknya menurut “sains dan data” terkini menunjukkan keadaan pandemik Covid-19 dalam negara semakin memulih kerana semakin banyak industri serta sektor yang telah dibuka secara berperingkat. Ini termasuklah pengumuman yang ditunggu-tunggu selama ini oleh masyarakat muslim dalam negara iaitu mengenai solat Terawih dan bazar Ramadan yang turut dibenarkan. Ini memberi sedikit kelegaan buat umat Islam yang menunggu untuk mengimarahkan masjid sejak sekian lama serta peniaga-peniaga yang mencari rezeki apabila menjelangnya Ramadan. 

Selain itu pengumuman gembira juga buat peminat sukan terutamanya bola sepak apabila kerajaan Perikatan Nasional hari ini mengumumkan kebenaran bagi stadium beroperasi dengan jumlah yang ditetapkan iaitu kapasiti 2,000 bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan kapasiti 8,000 bagi PKP Pemulihan (PKPP).

Sungguhpun ia memberi kelegaan buat peminat sukan bola sepak namun dalam masa yang sama menimbulkan persoalan iaitu jika stadium dengan kapasiti semaksimum 2,000 sehingga 8,000 yang tentunya lebih sukar untuk kawalan pergerakan dan lain-lain pematuhan SOP bagi mengawal keadaan berbanding Sidang Parlimen yang hanya melibatkan 220 Ahli Parlimen. 

Perkara ini juga disentuh oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil yang menyindir kenapa sehingga kini Sidang Parlimen masih tidak dibenarkan. 

Hari ini Kerajaan PN umum stadium boleh dibuka dengan jumlah penonton seramai 2,000 orang di kawasan PKPB dan 8,000 orang di kawasan PKPP berkuatkuasa 1 April 2021.” 

Tetapi Parlimen masih tidak boleh dibuka. Mungkin 220 orang Ahli Parlimen boleh bersidang di stadium sahaja. Open table.

Sindiran Isham ini perlu dijelaskan oleh kerajaan yang sehingga kini masih berdiam diri dalam isu ini sedangkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sendiri telahpun bertitah memperkenan Sidang Parlimen diadakan ketika darurat. 

Secara logiknya tentulah para petugas yang diperlukan bagi menjaga pematuhan SOP dalam kalangan 220 Ahli Parlimen adalah jauh mengecil berbanding mengawal 2,000 sehingga 8,000 penonton bola sepak atau acara sukan yang lain yang hadir secara serentak.

Jika mengkut logik “sains dan data” kerajaan bahawa jumlah 2,000 dan 8,000 ini yang bersesak-sesak menonton bola sepak ini selamat untuk dibenarkan, maka dapatan sains dan data yang dibuat oleh kerajaan pasti menunjukkan jumlah 220 ini jauh lebih selamat. Demokrasi perlu dibenarkan untuk ‘bernafas’, segera benarkan Parlimen bersidang. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts