‘TRIO PN’ TIDAK TAHU BAGAIMANA MEMERINTAH NEGARA

389
SHARES
2.3k
VIEWS

Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpandangan kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah ketika ini sepatutnya menumpukan kepada negara dan bukannya asyik berpolitik. Beliau turut menyindir pemerintahan negara yang diibaratkannya sebagai “Trio PN” yang tidak tahu memerintah negara. 

Semenjak PH memerintah dengan Tun Mahathir sebagai PM hinggalah bertukar kepada PN di bawah kepimpinan trio TS Muhyiddin-Azmin Ali-Hamzah Zainuddin, ekonomi negara bertambah malap dan lemah.” 

Faham ke ‘trio PN’ ini bagaimana nak membetulkan kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan olih Tun Mahathir dan Lim Guan Eng terhadap ekonomi negara?

Kerajaan ketika ini dilihat sebagai tidak stabil berikutan sikap Menteri-menterinya yang asyik mengutamakan politik dan kuasa. Menurutnya, kestabilan politik hanya dicapai melalui dasar dan strategi yang jelas. 

Azmin Ali ketika itupun Menteri Ekonomi. Diapun tidak faham mengenai ekonomi. Asyik diutamakan politik dan kuasa. Daripada dahulu sehingga menjadi Menteri Kanan yang terkanan dalam kerajaan PN.” 

Walaupun bertambah Ahli Parlimen melompat ke PN, tetap kerajaan PN tidak dilihat sebagai sebuah kerajaan yang stabil.” 

Kestabilan politik datangnya dari falsafah dan ideologi yang dikongsi bersama oleh mereka yang mengemudi negara dengan dasar serta strategi ekonomi yang jelas.” 

Menurut bekas Pengerusi FELDA  itu, selagi fokus kerajaan Perikatan Nasional hanya bertumpukan kepada ‘political survival‘ dan bukan kelangsungan dan masa depan negara, maka selagi itulah negara tidak akan stabil. 

Bulan Mei depan, cukup 3 tahun negara dirosakkan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng (22 bulan) dan disambung oleh TS Muhyiddin, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin.” 

Sudah jelas ‘trio PN’ tidak mengerti dan tidak faham bagaimana hendak mengurus negara. Mengurus negara tidak hanya kerana duduk di puncak kuasa dan tercapai cita-cita peribadi politik. Ia bukan macam “main masak-masak. Ia perlu kepada falsafah dan ideologi yang dikongsi bersama.”

Justeru kerana itulah sebarang urusan perlu diserahkan kepada ahlinya apatah lagi jika melibatkan pentadbiran negara. Jika pemerintah jenis tidak peduli akan negara dan hanya sibuk berpolitik ala “scheme of thing” – yang hanya akan menggelincirkan negara daripada landasan yang sepatutnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts