KENYATAAN SAKSI PENDAKWAAN MEMIHAK KEPADA NAJIB DAN AZEEZ RAHIM?

446
SHARES
2.6k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Hari ini berlangsung perbicaraan melibatkan rampasan harta lebih RM1 bilion daripada DS Najib dan 1MDB. Kalau sesiapa masih ingat, inilah antara hasil serbuan di Pavilion dan di Langgak Duta ketika malam Ramadan 3 tahun lepas.

Tetapi pelik, ketika perbicaraan, ditunjukkan afidavit daripada Penolong Pendakwaraya Jeffrey Ong, yang mengesahkan rampasan itu tiada kena mengena dengan SRC atau 1MDB.

Ini afidavit pendakwaraya kerajaan, bukan kenyataan saksi pembelaan.

Malah dalam pertuduhan, responden kepada barang kemas yang dirampas adalah Obyu Holdings, bukan DS Najib atau isterinya. 

Maka kalau tidak ada kaitan, yang masih hendak teruskan lucut hak harta orang buat apa?

Begitu juga dengan kes melibatkan DS Azeez Rahim semalam. Beliau dituduh menerima rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada sebuah syarikat korporat. 

Tetapi apabila tiba sesi soal jawab antara peguam bela dan saksi pendakwaan, maka berlakulah perkara yang mengejutkan. 

Saksi pendakwaan mengatakan bahawa wang tersebut adalah bagi misi-misi kemanusiaan ke Lahad Datu 2013 (Militan Sulu), ke Gaza 2010, misi Mesir 2011 (Krisis Arab Spring), Hatyai 2012 (Letupan Bom), Filipina 2013 (Taufan Haiyan) serta usaha-usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di negara luar. 

Sumbangan DS Azeez pada ketika itu menyebabkan Hamas mengiktiraf beliau sebagai Duta Kehormat Palestin. Dilantik sendiri oleh Ismail Haniyeh selepas dipersetujui sebulat suara oleh kabinet Palestin.

Dan akhirnya disebut juga oleh saksi, beliau tidak percaya bahawa segala transaksi ini adalah satu bentuk rasuah atau pengubahan wang haram kerana pada akhirnya ia diguna untuk tujuan kebajikan.

Ini kenyataan saksi pendakwaan, bukan saksi pembelaan.

Jadi yang kita memaki hamun keduanya sebagai perompak duit rakyat untuk apa? Yang segala ceramah dibuat kononnya bagi menyelamatkan negara ketika PRU-14 itu untuk apa?

Ke mana arah kita nak bawa negara ini sebenarnya?

Politik kita seolah-olah sudah menjadi politik hukuman. Bukan politik penyelesaian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts