KRONOLOGI SEJARAH POLEMIK KALIMAH ALLAH

601
SHARES
3.5k
VIEWS

1. Polemik mula tercetus pada 31 Disember 2007 apabila pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah.

2. Pihak KDN menegaskan bahawa larangan yang telah dikuatkuasakan pada 1 November 2006 itu masih kekal.

3. Pada 3 Januari 2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin menyatakan bahawa mesyuarat Kabinet Malaysia telah mengekalkan keputusan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing.

4. 16 Februaru 2009 pihak Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 16 Februari 2009 bagi mengisytiharkan bahawa tindakan pihak KDN mengeluarkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja adalah tidak sah.

5. 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah memutuskan bahawa pihak The Herald mempunyai hak dari sudut perlembagaan untuk menggunakan kalimah tersebut selagi mana tidak disebarkan kepada umat Islam.

6. Pihak KDN telah segera memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

7. Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

8. Pihak gereja telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada 11 November 2013 dengan mengemukakan 26 hujah bantahan.

9. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ketika itu saya selaku Yang DiPertua mengadakan beberapa siri jelajah negeri-negeri dan perbincangan Meja Bulat bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, NGO-NGO Islam, pakar-pakar perundangan Islam untuk mengatur strategi bagi menangani isu ini secara ilmiah dan memberikan pencerahan kepada masyarat.

10. YADIM mengatur dan memobilisasi hampir 1500 orang di kalangan NGO-NGO Islam untuk mengikuti proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

11. Rayuan berkaitan isu ini akhirnya tamat pada 23 Jun 2014 apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan menolak permohonan pihak gereja untuk menggunakan Kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.

12. 10 Mac 2021 Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, memutuskan bahawa penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

13. Hakim Mahkamah Tinggi ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill perisytiharan bahawa adalah hak Perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

14. Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Rujuk pautan:

https://www.researchgate.net/profile/Khairul-Meerangani/publication/321298933_ISU_PENGGUNAAN_KALIMAH_ALLAH_OLEH_PIHAK_KRISTIAN_ANALISIS_MENURUT_HUKUM_ISLAM/links/5a1a180ca6fdcc50adeaeb01/ISU-PENGGUNAAN-KALIMAH-ALLAH-OLEH-PIHAK-KRISTIAN-ANALISIS-MENURUT-HUKUM-ISLAM.pdf?origin=publication_detail

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts