SIAPA AMPU BERSATU TIDAK DIDAKWA, JIKA TIDAK AMPU BERADA DALAM “KLUSTER MAHKAMAH” – NAJIB

413
SHARES
2.4k
VIEWS

“Kluster mahkamah” adalah antara propaganda yang digunakan Jkom untuk menyerang UMNO yang tidak mahu berpakat dengan PPBM dalam PRU-15 walaupun daripada permulaan terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional, UMNO dengan sangat jelas menyatakan pendirian ini.

Kononnya mereka yang tersenarai dalam kluster mahkamah tidak mahu berbaik dengan PPBM sebab mahu melepaskan diri.

Secara logik, mereka yang mahu melepaskan diri patut mengampu PPBM – bukan tidak sehaluan dengan kehendak PPBM.

Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Samad didakwa menerima dana dari saya sebelum PRU-14 sebab tidak mengampu PPBM. Sebab itu, mereka dalam “kluster mahkamah”.

Mas Ermieyati dan Tok Pa juga menerima dana dari saya sebelum PRU-14 tetapi tidak didakwa setelah mengampu PPBM. Sebab itu, mereka bukan dalam kluster mahkamah.

Menteri kanan paling kanan kerajaan PN juga tidak didakwa atas alasan video tidak cukup HD dan dengan itu, tidak tersenarai dalam kluster mahkamah sebab mengampu PPBM.

Senator PPBM yang sendiri mengaku menerima dana antara RM50,000 hingga RM2 juta dalam kes Isa Samad juga tidak didakwa dan tidak berada dalam kluster mahkamah setelah mengampu PPBM.

Rujuk artikel “Zahid Arip diberi RM2 juta sebagai tanda terima kasih – Saksi” di pautan;
https://www.malaysiakini.com/news/541220

Nampak tak? Kalau ampu, tiada kes. Senang sahaja. Bukan sebaliknya.

(Jika ada Jkom atau penulis media sosial PH memberi komen di sini, tanya sahaja kenapa member-member PPBM di atas tidak didakwa dan tidak menjadi “kluster mahkamah”?)

Saya secara peribadi tidak pernah minta kes-kes saya digugurkan sebab saya amat yakin saya tidak bersalah dan tidak pernah berniat jahat. Saya boleh jawab pada Allah.

Malah, saya telah beberapa kali sebut perkara ini termasuk pada ketika kerajaan PH digantikan dengan kerajaan PN.

“Najib tidak mahu dinafikan hak untuk membersihkan namanya di mahkamah dan menegaskan bahawa dia tidak mahu tuduhan dijatuhkan.”

Rujuk artikel “2 Mac 2020: Najib nafi kesnya bakal gugur, hanya mahkamah mampu membersihkan nama” di pautan;

https://www.projekmm.com/news/berita/2020/03/02/najib-nafi-kesnya-bakal-gugur-hanya-mahkamah-mampu-membersihkan-nama/1842710

Itulah pendirian saya daripada permulaan kerajaan PN setahun dahulu dan saya tetap tegas dengan pendirian itu sehingga kini.

Sebab itu, jangan fitnah lagi kononnya saya mahu kes-kes saya digugurkan tanpa melalui proses mahkamah.

Saya bukan pengampu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts