MAT SABU UNDANG ANCAMAN TERHADAP NEGARA

348
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Pertahanan YB Mohamad Sabu mendedahkan kekuatan ketenteraan negara kini paling lemah dan berada di belakang negara-negara lain di Asia Tenggara termasuk Vietnam.

Menurutnya keadaan itu berbeza sama sekali dengan era 70-an ketika kekuatan ketenteraan negara adalah yang terkuat di rantau ini.

“Kedudukan laut, udara dan sebagainya, di Asia Tenggara, kita berada di tempat yang paling bawah.”

“Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu.”

“Malu kita, kalau kita pergi ke peringkat antarabangsa.”

“Saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat kembali, nombor satu semula.”

Masyarakat mengalu-alukan semangat dan iltizam Menteri Pertahanan cuma sebaiknya sebarang isu sensitif mengenai pertahanan dan keselamatan negara dibuat secara tertutup dan tidak disiarkan oleh media.

Sebarang pendedahan mengenai kelemahan negara akan diperhatikan oleh negara jiran dan juga membuka ruang buat sel pengganas di seluruh dunia sekiranya mereka berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai sasaran ketika ini.

Di sebalik pendedahan kurang cerdik yang dibuat oleh Menteri Pertahanan sebelum ini mengenai jumlah jet pejuang Sukhoi yang mampu diterbangkan, nampaknya beliau tidak belajar daripada kesilapan tersebut dan mengulangi kembali kesilapan yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts