• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, April 4, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

DAP ‘PERASAN’ MAHU BEKERJASAMA DENGAN UMNO

"Biarkan UMNO terus memegang rekod sebagai satu-satunya parti orang Melayu yang tidak pernah kerjasama dengan DAP" - Shabery Cheek

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
March 11, 2021
in Laporan, Utama
0
DAP ‘PERASAN’ MAHU BEKERJASAMA DENGAN UMNO
27
SHARES
299
VIEWS

Kenyataan Lim Guan Eng yang tersiar di media kononnya tidak akan bekerja sama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 kecuali dalam hal melibatkan rakyat, hanya mengundang sindiran bekas bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

“UMNO tidak pernah berhasrat berpakat dengan DAP pun. Biarpun PPBM dan PAS pernah berbuat demikian. Tidak payah cari dalil atau alasan untuk berbuat demikian.” 

“Biarkan UMNO terus memegang rekod sebagai satu-satunya parti orang Melayu yang tidak pernah kerjasama dengan parti itu. Kalau ada yang kata politik itu dinamik dan serba kemungkinan, carilah sebarang kemungkinan lain untuk tidak bersamanya.” 

“Biarkan DAP hidup dalam kenangan mereka sendiri kerana pernah sayang-menyayang dengan Tun M dan pemimpin PPBM yang diseranahnya dulu. Atau dengan PAS yang selalu dimomokkannya.”

Hakikatnya UMNO tidak pernah berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP apatah lagi isu pokok yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti ini amatlah bertentangan. Contohnya dalam isu UMNO memperjuangkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Tabung Haji dan RCI kes pembunuhan arwah Adib, isu komunis dan pengganas LTTE yang tidak mungkin mencapai persefahaman antara keduanya. 

Serta yang terkini mengenai isu kalimah Allah, pasti DAP sampai bila-bila tidak akan dapat bersetuju dengan UMNO, malah apa yang tidak pernah difitnah dan ditohmah oleh DAP terhadap UMNO selama ini demi menumbangkan kerajaan? 

Banyak lagi isu lain melibatkan Melayu dan Islam termasuk sejarah negara dan Perlembagaan yang tidak mungkin dikompromi oleh UMNO jika DAP menanam hasrat kononnya “boleh bersama dalam isu melibatkan rakyat” kerana parti inilah yang memerintah bersama Pakatan Harapan selama 22 bulan secara rakus cuba memusnah dasar-dasar dan nilai sedia ada yang selama ini dibina oleh UMNO dan Barisan Nasional. 

Justeru usaha DAP ‘memancing’ undi kaum Melayu di negara ini tidak lagi berhasil. Jika dahulu mereka memperguna PAS dan kemudiannya Tun Mahathir dan Bersatu untuk memecahkan undi Melayu, sekaligus meraih kekuatan yang akhirnya berjaya menjadi kerajaan.

Tetapi tidak mungkin dengan UMNO yang sehingga kini menjadi parti berteraskan Melayu Islam tunggal di negara ini yang tidak bekerjasama dengan DAP. Mungkin dengan Perikatan Nasional lebih mudah DAP menghulurkan tangan kemesraan kerana parti utama di dalamnya pernah bersama menjalin persahabatan. 

Tags: DAPShabeery CheekUMNO
Previous Post

PUTRA AKAN TERUS BERJUANG DAN PERTAHAN KALIMAH ALLAH

Next Post

SCHEME OF THING ‘MAKAN DIRI’, TREND MELOMPAT PARTI MELEMAHKAN BERSATU DAN PN

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

PAS AKAN MERAMPAS KEMBALI HULU LANGAT

PAS AKAN MERAMPAS KEMBALI HULU LANGAT

April 4, 2021
JANGAN MEMBISU APABILA KERAJAAN BUAT KEPUTUSAN TIDAK MASUK AKAL

JANGAN MEMBISU APABILA KERAJAAN BUAT KEPUTUSAN TIDAK MASUK AKAL

April 1, 2021
“BENARKAN PARLIMEN BERSIDANG DAHULU SEBELUM BUAT PEMILIHAN UMNO” – AHMAD SHABERY SINDIR KJ

“BENARKAN PARLIMEN BERSIDANG DAHULU SEBELUM BUAT PEMILIHAN UMNO” – AHMAD SHABERY SINDIR KJ

April 1, 2021
PENDIRIAN UMNO-BN KEKAL “NO DAP”

PENDIRIAN UMNO-BN KEKAL “NO DAP”

March 31, 2021
ASTRO AWANI TERSALAH LAPOR, MOHON MAAF KEPADA ZAHID

ASTRO AWANI TERSALAH LAPOR, MOHON MAAF KEPADA ZAHID

March 31, 2021
“SIAPA GERTAK SIAPA?”, PUAD SINDIR ROSOL WAHID

“SIAPA GERTAK SIAPA?”, PUAD SINDIR ROSOL WAHID

March 31, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In