PUTRA AKAN TERUS BERJUANG DAN PERTAHAN KALIMAH ALLAH

367
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN NAIB PRESIDEN PUTRA MALAYSIA

Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir

1. Keputusan Mahkamah Tinggi dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam bible adalah satu perkara yang sangat memeranjatkan lebih daripada menerima kenyataan peningkatan lima ribu lebih kes harian tertinggi Covid-19 satu ketika dulu.

2. Keputusan ini sudah pasti memberikan impak yang sangat besar kepada keseluruhan umat Islam di Malaysia di mana Islam adalah agama persekutuan bagi negara Malaysia. Mungkin ada yang beranggapan kalimah Allah yang terdapat di dalam kitab bible juga adalah merujuk kepada tuhan yang sama. Allah di dalam Islam adalah merujuk kepada tuhan yang esa manakala Allah di dalam bible adalah merujuk kepada tuhan trinity iaitu tuhan bapa, roh kudus dan Jesus. Sudah tentu tidak sama.

3. Pihak Kristian sangat bersatu dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Sedangkan masyarakat Islam terutama golongan pemimpin pula telah berjaya dipecahkan dan terbahagi kepada 4 golongan iaitu;

i. Mempertahankan kalimah Allah tidak boleh diguna oleh pihak Kristian

ii. Membenarkan kalimah Allah digunakan dengan memberikan apa sahaja dalil yang membenarkan

iii. Makin keliru dan tidak tahu untuk memilih mana yang benar kerana terdapat dua puak yang saling membenar dan tidak membenarkan.

iv. Tidak peduli tentang apa yang berlaku asalkan boleh hidup dengan senang dan mewah.

4. Kita secara tidak langsung dipecah-pecahkan kerana tidak bersatu atas satu kesatuan yang kukuh.

5. Walaubagaimanapun kita masih belum terlambat. Kita masih ada lagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Semua pemimpin Islam mestilah bersatu di dalam Manhaj Ahlil Sunnah Wal Jamaah untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh Kristian. Gunakan sahaja fasiliti dan kelebihan yang kita ada termasuk pengaruh daripada Majlis Raja-raja Melayu dan NGO Islam.

6. Justeru kami daripada Parti PUTRA Malaysia menyeru kepada warganegara Malaysia terutamanya golongan muslim untuk bersama-sama kami di dalam memperjuangkan isu ini. Kami akan berusaha segenap daya kami mencari jalan dengan apa jua cara yang dibenarkan untuk berjuang supaya kalimah Allah ini tidak akan berjaya untuk digunakan di dalam bible mereka. Kerana kami tahu permintaan mereka bukanlah untuk memudahkan supaya penganut agama mereka akan menjadi lebih memahami kitab bible mereka, akan tetapi ia adalah lebih kepada untuk menambahkan kekeliruan kepada masyarakat muslim terutamanya generasi akan datang.

(Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir adalah bekas Hakim Mahkamah Syarie Wilayah Persekutuan serta bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) serta mantan Konsul Malaysia di Jeddah)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts