KENAPA LARI KELUAR NEGARA, PUAD ZARKASHI SINDIR RAJA PETRA

496
SHARES
2.9k
VIEWS

Dalam siaran terkini Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di laman Facebook-nya, beliau menyindir blogger dan juga pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin atau RPK. Sebelum ini RPK telah membocorkan emel dan dokumen mahkamah mengenai komunikasi antara peguam Puad dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyamannya sebanyak RM10 juta.

Ada orang hantar posting RPK (Raja Petra Kamaruddin), Malaysia Today kepada saya. Saya memang tidak baca Malaysia Today. Rupanya dia banyak menulis pasal saya. RPK dakwa saya adalah anjing yang tidak lagi boleh ‘menyalak dan menggigit’ kerana injunksi (sebelah pihak) terhadap saya.” 

Sebagai rekod, Puad disaman sebelum ini kerana kandungan siaran di Facebook beliau mempertikai tindakan kerajaan Muhyiddin memendekkan tempoh kuarantin wajib para Menteri Perikatan Nasional daripada sepuluh ke tiga hari sahaja serta bertanya adakah benar wujud kekecohan di lapangan terbang sekembalinya rombongan Perdana Menteri daripada Indonesia.

Bukan sahaja Puad tetapi satu negara sebenarnya mempertikai tindakan kerajaan memendekkan tempoh kuarantin wajib tersebut kerana bukan sahaja bertentangan dengan sains dan data, malah WHO sendiri turut menasihatkan agar tiada negara yang memendekkan tempoh 14 hari kuarantin. 

Di sebalik kecaman RPK kononnya Puad umpama “anjing yang tidak lagi boleh menyalak dan menggigit”, Puad berkata RPK lah yang sebenarnya tidak lagi “boleh menyalak dan menggigit” malah lari meninggalkan negara secara senyap-senyap kerana takut berdepan dengan tindakan mahkamah. 

Tetapi saya tidak lari lintang pukang ke luar negara macam dia. Sanggup lari ikut jalan tikus kerana takut tindakan mahkamah. Sampai hari ini duduk London.” 

Dialah yang tidak boleh menyalak dan menggigit. 2 hari selepas posting itu disiarkan dalam FBnya, ia cuma dapat 34 likes, 7 komen dan 3 share.” 

Puad mengakhiri siarannya dengan sindiran tajam iaitu semoga RPK berjaya ‘meniagakan’ Malaysia Today untuk meneruskan nafkah hidupnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts