WIRA PUTRA SERAH MEMORANDUM KEPADA UDA LAND (NORTH) SDN BHD

412
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA PULAU PINANG

8 Mac 2021 | 24 REJAB 1442H

1. Wira PUTRA Pulau Pinang hari ini telah menghantar memorandum kepada Tuan Zainuddin Deni, Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) yang diterima oleh wakil pegawainya di Ibu Pejabat UDA Land (North) Bertam Pulau Pinang.

2. Memorandum ini adalah untuk memohon penjelasan isu tawaran penempatan semula penduduk Kampung Tanjung Tokong ke Pangsapuri Penempatan Kekal Warisan Tanjung, Tanjung Tokong.

3. Wira PUTRA Pulau Pinang telah menerima aduan dari sekumpulan warga tempatan khusus warga belia yang merupakan anak jati Tanjung Tokong yang tercicir dan tidak menerima tawaran rumah ganti seperti sepatutnya. Manakala kos pembelian rumah juga berbeza-beza hingga ada yang perlu membeli rumah terbabit dengan kos mencecah RM80,000 sedangkan kediaman mereka diambil alih dan tidak mendapat pampasan yang setimpal.

4. Wira PUTRA memohon dan menggesa pihak UDA agar dapat mengadakan taklimat atau pertemuan bersama warga penduduk yang terlibat secara berkelompok bagi menerangkan kriteria, kaedah pemilihan dan penetapan harga tawaran pembelian yang telah mereka laksanakan sehingga ada nama penduduk yang tercicir dan merasakan ia tidak setimpal. Acara penerangan seperti ini didakwa tidak pernah diadakan secara menyeluruh melainkan pertemuan secara tertutup bersama individu dan kumpulan tertentu hingga mengakibatkan terdapat mereka yang mendiami di kawasan terbabit tidak mendapat maklumat yang tepat dan ada yang tercicir sedangkan mereka telah menetap di kediaman berkenaan lebih 10 tahun.

5. Wira PUTRA Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya sekiranya ada pihak yang cuba memanipulasi tawaran, sengaja mencicirkan nama atas apa jua sebab dan ada pihak tidak sepatutnya mendapat tawaran penempatan khususnya kepada mereka yang bukan anak jati kelahiran serta membesar di Tanjung Tokong.

Sekian.

Muhammad Fazreen bin Johari

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Pulau Pinang

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts